Saturday, 21 May 2011

Chicken Pox

Pengenalan.

Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam bahasa melayunya adalah disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan virus varicella-zoster. Ia amat mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur. Penyakit ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak akan tetapi sekiranya ia berlaku kepada orang dewasa simptomnya akan lebih teruk berbanding kanak-kanak.
Chicken pox boleh merebak melalui sentuhan,titisan cecair daripada orang yang dijangkiti( batuk dan bersin ) dan bahan tercemar dengan cairan seperti pada pakaian atau tuala penghidap chicken pox.
Pesakit yang terkena chicken pox boleh merebakkan virus penyakit ini dalam masa 48 jam sebelum timbulnya ruam sehinggalah kantung air yang terbentuk di atas ruam menjadi kering dan berkeruping.
Selepas pulih daripada chicken pox, virus akan kekal berada di dalam badan seumur hidup. Walaupun manusia tidak boleh mendapat jangkitan chicken pox 2 kali, virus yang sama juga menyebabkan kayap ( shingles ). Oleh itu seseorang yang terkena kayap boleh menjangkitkan virus varicella-zoster kepada individu yang masih belum lagi terkena chicken pox dan sekaligus menyebabkan penyakit chicken pox kepada individu tersebut.

Simptom

Simptom-simptom selalunya bertahan selama 2 minggu dan ianya hanya muncul setelah 10-21 hari selepas pendedahan kepada penyakit ini.
Walaupun tidak merbahaya, ia boleh menjadi penyakit yang serius sekiranya sistem imuniti yang lemah contohnya di dalam bayi yang baru lahir, pesakit yang sedang dalam rawatan kemoterapi, pesakit yang mengambil steroid, wanita mengandung atau pesakit HIV/AIDS.
Simptom-simptom termasuklah :
  1. Bermula dengan demam, sakit tekak dan rasa letih.
  2. Beberapa hari kemudian disusuli pula oleh ruam dan gatal-gatal badan. Ruam selalunya bermula di bahagian kulit kepala, bawah ketiak,mulut,hidung dan kawasan pinggul.Ruam bermula dengan kawasan kemerah-merahan dengan kantung berisi air  ( blister )ditengah-tengah. Kantung air pecah dan kerak terhasil. Ruam ini tersangat mudah berjangkit dan kanak-kanak tidak dibenarkan ke sekolah sehinggalah lesion yang terakhir sudah membentuk kuping.
  3. Pesakit chicken pox  juga akan menunjukkan  batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.
Kanak-kanak yang dijangkiti chickenpox akan mempunyai 2 jenis lesion pada masa yang sama.
Gambar sebagaimana di bawah :

Komplikasi

Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
Komplikasi akibat chicken pox:
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

Rawatan

Rawatan chicken pox sebagaimana di bawah:
1. Rawatan pesakit yang telah terkena chicken pox hanyalah secara rawatan simptomatik sahaja.
a)  Demam : antipiretik – paracetamol samada sirap atau pun tablet.
Ditegah sama sekali memberikan salicylates seperti aspirin dan disalcid kepada kanak-kanak kerana ia boleh membawa kepada penyakit Reye’s syndrome.
Apakah penyakit Reye’s Syndrome?
Ia adalah sejenis penyakit yang melibatkan semua organ di dalam badan dan yang paling merbahanya ialah penglibatan hati dan otak. Penyakit Reye’s Syndrome ini dibahagikan kepada 2 fasa kerana ia selalunya dikaitkan dengan jangkitan virus sebelumnya seperti infuenza, demam atau chicken pox. Penyakit ini tidak berjangkit dan sebab terjadinya penyakit ini tidak diketahui. Ia sentiasa disalahdiagnosiskan dengan penyakit encephalitis, meningitis, diabetes, lebih dos ubat, keracunan, sudden infant death syndrome atau penyakit psikiatrik.
b)  Gatal-gatal :
1) Losyen Calamine dua hingga empat kali sehari, atau krem hydrocortisone dua kali sehari.
  • Rawatan dan ubatan dari klinik. Untuk mengurangkan gatal doktor biasanya akan bagi ubat sapu. Tapi untuk kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar 4 ke 10 biji, anda boleh segera ke klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu lagi.
  • Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. 
Teringat pesan orang-orang tua, elakkan mereka yang kena chicken pox dari terkena hujan sebab takut parutnya jadi berlekuk dan hitam.

2) Antihistamin seperti Chlorpheniramine maleate 2mg/5ml syrup ( piriton syrup ) dapat membantu melegakan gatal.  Dos ubat ini bergantung kepada umur pesakit sebagaimana di bawah :
Kurang daripada 1 tahun : 2.5mls dua kali sehari.
1-5 tahun : 2.5 – 5.0 mls tiga kali sehari.
6-12 tahun : 10mls tiga atau empat kali sehari.
Bagi pesakit yang mempunyai masalah asthma atau porphyria, minta nasihat doktor terlebih dahulu.
3) Mandi – Kerap mandi dapat membantu mengurangkan gatal-gatal. Mandian Oatmeal atau separuh hingga satu cawan serbuk penaik yang dicampur dengan air mandian dapat membantu mengurangkan gatal.
c)  Antivirus – Acyclovir ( dapat mengurangkan tempoh pembentukan lesion baru,mengurangkan pembentukan lesion dan mempercepatkan proses penyembuhan sekiranya diambil dalam masa 24-48 jam selepas terbentuknya lesion. )
1) Aciclovir -  (Acyclovir 200 mg/5 ml Suspension )
Dewasa : 5-10mls 4 kali sehari selama 5 hari.
<2 tahun : 2.5 – 5mls 4 kali sehari selama 5 hari.
>2tahun : 5-10mls 4 kali sehari selama 5 hari.
2) Zovirax – Acyclovir 200 mg Tablet
Dewasa : 800mg 5 kali sehari selama 7 hari.
>2 tahun : 20mg/kg setiap dos empat kali sehari ( 80mg/kg/sehari ) selama 5 hari.
Kanak-kanak lebih daripada 40kg : dos orang dewasa.
d)  Selsema – actifed (Triprolidine HCl 1.25 mg & Pseudoephedrine HCl 30 mg per 5 ml Syrup )
>12 tahun : 10 ml
6 – 12 tahun : 5 ml
2 – 5 tahun : 2.5 ml
6 bulan – < 2 tahun : 1.25 ml
Dos boleh diambil 2 atau 3 kali sehari.
( Actifed tidak boleh diambil untuk bayi yang kurang daripada 6 bulan !! )
Selain daripada ubat-ubatan di atas, kanak-kanak yang terkena demam chicken pox digalakkan meminum air masak dengan lebih kerap untuk menggantikan air yang hilang dari badan akibat demam ( insensible fluid loss ).
2.Vaksin varivax – ( varicella zoster virus vaccine )
Vaksin ini sebagaimana lain-lain vaksin berfungsi dengan cara merangsang badan membina antibodi terhadap virus varicella zoster setelah suntikan protein atau virus yang dilemahkan diberi kepada pesakit.
Walaubagaimanapun, vaksin ini tidak dapat merawat pesakit yang sedang dijangkiti chicken pox.
Seperti vaksin-vaksin lain juga, varivax tidak dapat memberi perlindungan sepenuhnya kepada setiap orang. Akan tetapi sekiranya pesakit telah diberi suntikan pencegahan, ia dapat mengurangkan simptom-simptom penyakit ini.
Vaksin ini hanya boleh digunakan untuk pesakit yang berusia lebih daripada 1 tahun. Vaksinasi untuk penyakit chicken pox ini diberikan sebanyak 2 dos. Dos pertama diberikan pada usia 12-15 bulan. Dos kedua pula diberikan apabila kanak-kanak berusia 4-6 tahun.
Sekiranya pesakit adalah berumur 13 tahun ke atas dan masih belum menerima vaksin ini, pesakit perlu mendapat 2 dos suntikan vaksin dengan jarak antara 2 suntikan sekurang-kurangnya 28 hari.
Anda tidak patut mengambil vaksin ini sekiranya anda :
  1. alergi pada gelatine atau neomycin.
  2. sedang dijangkiti penyakit TB.
  3. mempunyai sejarah terkena syndrome Guillain-Barre.
  4. mempunyai masalah kronik seperti lelah atau masalah pernafasan lain, kencing manis, masalah buah pinggang atau masalah sel darah seperti anemia.
  5. menghadapi masalah kelemahan system imuniti yang disebabkan oleh penyakit seperti kanser atau AIDS, ataupun menerima rawatan seperti steroid, kemoterapi ataupun radiasi.
  6. berumur kurang 18 tahun dan baru sahaja mengambil aspirin atau ubat yang dikategorikan sebagai salicylates.
  7. baru sahaja menjalani pembedahan pemindahan organ.
  8. mengandung.
Elakkan daripada mengandung sekurang-kurangnya 3 bulan selepas mendapat suntikan vaksin varivax.
Jangan sesekali mendapatkan suntikan vaksin tanpa memberitahu doktor yang anda sedang menyusu anak.
Anda dikehendaki berjauhan daripada bayi yang baru lahir sekurang-kurangnya 6 minggu selepas mendapat suntikan vaksin varivax. Anda juga dinasihati supaya tidak mengambil suntikan seperti polio atau vaksin hidup yang dilemahkan lain sekurang-kurangnya 4 minggu selepas mendapat suntikan vaksin varivax.
Untuk lebih informasi tentang varivax, anda boleh layari website ini :

Diet semasa terkena chicken pox.

Pemakanan memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam mempercepatkan proses pemulihan dan mengurangkan simptom penyakit.Antara diet yang patut diamalkan semasa terkena penyakit ini ialah:
  1. Kurangkan pengambilan buah-buahan sitrus seperti limau dan oren kerana buah-buahan ini mempunyai kandungan asid yang tinggi dan boleh menerukkan ruam dan kegatalan badan.
  2. Banyakkan meminum air kerana ia dapat membantu mengawal demam dan menyingkirkan toksin badan.
  3. Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran kerana sayur-sayuran kaya dengan vitamin dan mineral yang penting dalam mengurangkan pembentukan ruam dan jangkitan. Pengambilan karot amat digalakkan semasa terkena penyakit ini kerana ia terbukti membantu memulihkan pesakit daripada chicken pox.
  4. Jangan sesekali mengambil makanan rapu, makanan berminyak dan makanan bergula kerana kesemua makanan ini boleh menerukkan pembentukan ruam.
Perhatian : Jangan sesekali mengambil ubat tanpa mendapat nasihat doktor terlebih dahulu!!
References :

4 comments:

  1. wei asal tak bagi orang copy, sakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakai?? Aduyai .... kesiannya bahasa awak :(
      For ur info ::: Nina punya sebab untuk disable right click aka copy paste kerana dah banyak kali gambar2 masakan dari blog Nina disalah guna oleh pihak yg tak bertanggungjawab.
      .
      (sekarang dah boleh copy paste - may be dalam beberapa hari nanti Nina akan disable kan semula right click)
      Maaf dari Nina...

      Delete
  2. Sepatutnya awak tidak had orang lain untuk jadikan ini bahan rujukan diorang. Ini tak, anak saya tiga orang tgh kena chicken pox. saya nak print awak punya info pasal chicken pox pun tak boleh..........alahaii cik nina miza oi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, sekarang dah boleh print
      Nina doakan anak u cepat sembuh dan semuanya dipermudahkan oleh NYA
      Aamin...

      Delete