Antara Khasiat Kopi

Pasti ramai sukakan kopi, bahkan kalau tak dapat sehari secawan kopi rasa macam tak lengkap hidup untuk hari tersebut. Kopi memberi extra "kekuatan" energi yang kita sangat perlukan.
Benar! Setuju ataupun tidak, mari kita bangun sesaat dan hidu aroma kopi.
Bau nya menyegarkan  . . . .
 Ini lah rupa biji kopi
Kalau anda suka minum kopi, anda tidak sendirian kerana lebih dari 400 milliar  cangkir kopi dikonsumsi setiap tahun, sehingga menjadikannya sebagai minuman paling popular di dunia.  Di Amerika sahaja 107 juta orang (52% daripada jumpah popularasi) meminum kopi secara rutin setiap hari. 57 juta orang yang lainnya meminum kopi beberapa kali secara purata setiap minggu. Dan kalau dulu, rata-rata penggemar kopi adalah dikalangan orang2 tua, kini peminum kopi terbanyak adalah lingkungan yang berusia diantara 18-39 tahun.
Dan, untuk makluman Nina adalah salah seorang penggemar kopi. 
Hehehee . . .. 

white coffee .... slurp slurp !!

Jangan tidak tahu, kopi mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Selain dari itu, hampas kopi juga tidak kurang hebat khasiatnya buat kita semua.

Antara khasiat HAMPAS kopi adalah ; 

1. Menghilangkan bau badan
boleh dibuat sebagai scrub muka & badan. Gosok2 kat seluruh muka & badan kemudian bilas. Anda akan merasai betapa lembut lagi gebu nya kulit anda ...

2. Menghilangkan Selulit
hampas kopi dicampurkan bersama olive oil, gosok2 & urut gerakan secara putaran kat kawasan  yang ada selulit. Di amalkan selalu. Insya'Allah, secara beransur-ansur akan hilang selulit dengan rawatan yang konsisten. Urutan adalah amat penting sebab urutan akan memecahkan lemak2 yang terkumpul.

3. Masker muka 
hampas kopi, putih telur & madu dicampur sebati lalu digosok2 ke seluruh wajah (kecuali kawasan mata & mulut laaa ...) Kemudian dibiarkan hingga kering & bilas dengan air suam. Ini adalah baik untuk proses  pengelupasan & menegangkan kulit muka.

4. Melembutkan tangan
sesudah minum kopi, semasa hendak membasuh teko tu, jangan dibuang terus hampasnya. Gosok2 dulu kat telapak tangan dan sekitarnya. Amalkan selalu, Insya'Allah, lembut lah nanti tangan tu ... (pastikan guna hampas kopi, bukannya serbuk kopi yang belum digunakan untuk buat air.) Bukan apa, elakkan pembaziran ....

5. Baja tumbuhan
hampas kopi juga boleh dijadikan sebagai baja untuk tanaman kita. Hanya perlu taburkan sahaja kat tanaman. Boleh dikategorikan macam baja organik laaa .... Pelihara lah alam sekitar kita !! 


Kesimpulannya, tak kira lah apa pun kopi kegemaran kita ; kopi O, kopi susu, black coffee, white coffee, capucino, expresso atau apa pun yang kita namakan .....
Jangan dibuang begitu sahaja hampas kopi, gunakanlah ia sebaiknya ...

Black coffee .... sedapnyer

Untuk pengatahuan, ini adalah antara jemana kopi kegemaran Nina kalau berada di rumah. Bukan nak promote, sekadar makluman. hehehee . . . .



Labels: