Hohooo ... !! Roti Naik Harga 20sen

Sesekali Nina tengok blog org lain .... tertengok puding roti, nampak menyelerakan sungguh. Teringin rasa nak cuba buat puding roti. Macam mana agaknya rasa nyer  .... Entah laaa .. Nina tak pernah rasa puding roti.

Pagi tadi, org jual roti lalu depan rumah Nina pun beli lah roti kesukaan keluarga. Gardenia Jumbo. Banyak sikit, boleh buat puding roti nanti bila free2 ~~. Tetiba Nina baru perasan yang roti dah naik harga sebanyak RM0.20. Laaaa ..... sebelum nie ada gak beli tapi tak perasan pun. Nina tanya lah kat mamak roti tu, katanya dah dekat 2 minggu naik. Selalu beli pun tak perasan.


Dengar kata bulan depan minyak petrol Ron95 akan dinaikkan. Entah laaa ..... Belum naik lagi barang2 dah naik harga. Parah gak  nanti kalau confirm harga minyak petrol Ron95 naik, pasti barang2 akan naik lagi harganya ... Tak mau laa citer tentang politik nie. Nina bukannya arif pasal politik & tak minat nak ambik kira sangat. Sekadar ambil tahu keadaan semasa boleh  laaa .. Selebihnya tak mau komen banyak. hehehe . . . . 

Nak buat cmner, naik pun naik laaa ..... Roti tetap gak nak beli & nak try nanti buat puding roti. hehehee . . .
Nanti kalau berkesempatan membuat puding roti Nina upload gambar & kongsi resipi.  :))


Labels: