Ikan Kerapu Tiga Rasa (versi mama Nina)

Dah lama rasanya tak makan ikan kerapu masak 3rasa resipi Mama Nina. Rasanya memang tak sama macam masakan 3rasa yang lain. Di sebabkan terasa macam nak sangat makan ikan kerapu 3rasa, Nina pun masak sendiri ajer laaa .... Tapi, kalau dapat mama Nina yang masakkan ermmmm ......  boleh tambah nasi sampai berpinggan-pinggan !! hehehe . . . 


Resipi  Ikan 3rasa versi mama Nina nie, perlukan serai & daun limau purut.  Tanpa kedua-dua ini, masakkan 3rasa nie akan rasa sama ajer macam 3rasa yang lain. Mama ada pesan, serai tu kena racik-racik (hiris2) baru sedap. Nanti masa makan kita akan tergigit serai, dan itulah sedap nya resipi mama Nina. Daun limau purut lak, terpulang, nak racik-racik (hiris2), koyakkan pun boleh. Janji kena masukkan kedua-dua bahan penting ini. 


Untuk bahan menumis pula, Nina hiris nipis2 ajer. Akan terasa kenikmatan apabila mengigit bahan tersebut. Tambah-tambah lagi kalau tergigit halia. Mmmmm ...... sedapnyerr !!





IKAN KERAPU TIGA RASA (versi Mama Nina)

1 ekor ikan kerapu sederhana besar

Bahan Menumis
2 biji bawang besar - dipotong halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
sedikit halia - hiris halus
3 sudu Cili kering diblend  (kalau nak lagi pedas, masukkan cili padi)


Bahan penting
serai di hiris nipis2
daun limau purut - terpulang samada nak hiris @ koyakkan ajer

Bahan sos
3 sudu cili sos
1 sudu tomato sos
2 sudu sos tiram
sedikit garam & gula
air

Bahan sampingan  (tak letak pun tak apa)
Lobak merah dihiris halus
Mix vege
Capsicum merah & hijau (Nina tak letak sbb tak der stok)

Cara-cara memasak

1.  Ikan kerapu dibersihkan, kemudian dilumurkan dengan tepung jagung, lada sulah dan garam
2.  Panaskan minyak masak secukupnya, goreng ikan separuh garing @ ikut suka masing2 lalu diketepikan dahulu
3. Tumis bawang besar, bawang putih & halia hingga layu.
4. Masukkan cili kering yang dah diblend, masak hingga pecah minyak
5. Masukkan air sikit & bahan sampingan  (lobak merah & mix vege)
6. Masukkan kesemua bahan sos, kacau rata. Tambahkan air jika ingin lebih kuah.
7. Setelah mendidih, masukkan bahan penting serai & daun limau purut .
8. Kacau sebati.
9. Tuangkan kuah tadi ke atas ikan yang telah digoreng
10. Sedap dimakan ngan nasi putih panas2. 

nyum nyummm ... !!


Selamat mencuba ...




Labels: