Pengat Pisang

Semua orang sedia maklum pisang mempunyai banyak khasiat. Dah lama tergerak hati Nina nak makan pengat pisang tapi kat rumah Nina nie payah nak ada pisang yang balance2 untuk di buat pengat atau kek. Bukan apa, anak2 Nina suka sangat makan pisang. Itu yang cepat habis kalau pisang kat rumah Nina.

Sebelum tu, Nina kongsikan dulu khasiat pisang & kandungan zatnya. 
Kandungan Zat
Isi pisang mengandungi komposisi air, karbohidrat dan sedikit sekali kandungan protein dan lemak.
Sebanyak 70 peratus adalah air dan selebihnya bahan pepejal.
Pisang merupakan sumber vitamin A, B1, B2 dan C.
Nilai kalori ialah 1 kalori setiap gram isi pisang.

Last week Nina pegi rumah makcik Nina. Kebetulan dia ada buat pengat pisang. Mmmm ..... sedap nyerrr ~~~ Rezeki rezeki, Alhamdulillah syukur .....(dapat gak merasa pengat pisang ..... heheheh ....)
Disini Nina share resipi makcik Nina


PENGAT PISANG


Bahan-bahan


6 biji pisang raja atau abu atau 3 biji pisang tanduk
1/2 cawan gula putih
3 s/b gula merah
2 helai daun pandan [simpulkan]
2 cawan santan pekat
1 cawan air
2 s/b sagu biji [sagu mata ikan]
secubit garam

Cara
1. Kupaskan dan potong pisang mengikut ciitasa sendiri.
2. Masukkan daun pandan, air, gula putih dan gula merah ke dalam periuk.
3. Biarkan seketika & setelah mendidih masukkan pisang. Biarkan mendidih lagi.
4. Masukkan santan dan secubit garam dan sagu mata ikan.
5. Sentiasa kacau supaya pengat tidak naik minyak.
6. Bila mendidih, tutup api dan hidangkan.
7. Boleh dimakan terus atau sejukkan.

Selamat mencuba


Labels: