Petua Membersihkan Blender

Blender adalah peralatan yang wajib ada kat semua rumah. Bermacam-macam brand ada kat pasaran. Harga nya pula dari RM50 (paling murah) hingga lah ikut kemampuan masing2.

Kalau nak memasak, pasti kita gunakan blender terutama utk blend CILI. Zaman dulu, nenek moyang kita guna batu giling. La nie .... susah nak jumpa kat mana2 rumah. Yang ada may be  lesung batu buat tumbuk2 bawang  atau seangkatan dengan nya.

Ini batu giling, payah dah nak jumpa kat mana2 rumah. semua rumah dok guna blender jer sekarang

Ini lesung batu - kebanyakkan rumah masih ada & digunakan untuk tumbuk2 bawang @ seangkatan dengan nya.


Disini Nina nak share petua untuk membersihkan blender supaya sentiasa bersih dan tak der lah nampak berkarat dek blend cili/kunyit selalu.... hehehe ....  

Info : Petua nie Nina dapat dari FaceBook Oh!Aduhai. Thanks yea .. Nina share kat blog Nina pula untuk dikongsi bersama yang lain.

Begini caranya ;

1-Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam blender/mixer
2-Ambil kulit telur dan masukkan sekali ke dalam blender/mixer tersebut
3-”ON” kan blender/mixer anda tu sehingga beberapa ketika



Lihatlah hasilnya.

Kulit telur yang anda masukkan ke dalam blender/mixer tersebut akan hancur setelah anda “ON” blender/mixer tersebut. Kulit telur yang telah hancur itu sebenarnya berperanan sebagai “pemberus” bagi mencuci blender anda.

Selain blender/mixer, petua ini juga boleh digunakan untuk membasuh bekas minuman/botol air/kole air yang sukar untuk dibasuh. 

Caranya ialah:
1-Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam bekas minuman/kole air
2-Masukkan kulit telur yang telah dihancurkan
3-Goncangkan bekas minuman/botol air/kole air sehingga kotoran hilang

Mudahkan petua ini?Cubalah!

Kemudian, ajarkanlah petua yang hebat ini kepada ibu atau makcik anda nanti. Nescaya pasti ibu dan makcik anda akan berterima kasih kepada anda.


Labels: