Sotong Masak Pedas Chinese Stlye

Apa khabar semua ....


Cepat sungguh masa berlalu, tup tup hari nie dah Jumaat. Penghulu segala hari. Teringat masa keje dolu-doluu ..... Long time ago ~~ Kalau hari Jumaat jerr, Nina suka pakai baju kurung colour plain. Kain nyer ada corak & songket. Paling tidak pun Nina akan pakai baju yang tanahnya warna putih. 


Hari nie Nina nak share masakan kegemaran My Hubby. "Sotong Masak Pedas". Semalam Nina masak tapi disebabkan agak sibuk semalam tak dapat lah Nina nak kongsi. 


Rasa Sotong Masak Pedas nie mmg umpphh ... !! Pedas dia tak sama macam pedas sambal yang biasa kita masak untuk harian. ini resipi masakan Cina. Nina memang minat masakan Cina. Kebanyakkan masakan Cina nie, ada pedas tapi tak terlalu pedas macam sambal. 
(Nina tak berapa kuat makan pedas sebenarnya ..... )
pecah tembelang ~~~ hehehe . . . ..  
Apa yang Nina perhatikan, masakan Cina mesti ada letak sos tiram & bawang putih. Kat Resipi Sotong Masak Pedas" nie tak laa pedas pun, so Nina ubah sikit kasi letak lada hitam yang Nina dah tumbuk2 tak berapa lumat. Kalau tergigit memang berasap telinga.
Mmmmm ...... memang BEST !!


Sotong Masak Pedas Chinese Style
Resipi Asal : Chef Fatihah Seow Boon Hor
Buku Masakan Halal Cina 


Bahan-bahan
600g sotong (dihiris silang-silang)
1 labu bawang besar (dipotong berbaji)
4 keping halia
3 biji lada kering (dipotong sepanjang 1cm)  : : : : Nina ganti ngan cili merah jerrr
1 biji lada merah : : :  :  Nina ganti ngan lada kuning
1 biji lada hijau   : : : :  Nina tak letak, tak der stok
1 camca Besar bawang putih yg dicincang
minyak (untuk menumis)


Bahan perasa
2 camca besar sos tiram
1 camca besar sos plum masam
1 camca besar sos tomato
1 camca tea sos worcestershire
1 camca tea kicap pekat


Cara-cara


Note : : : Nina ada letak penambahan, selepas menumis lada kering & bawang putih, Nina ada masukkan dalam 2 sudu besar lada hitam yang telah ditumbuh tak berapa lumat. Untuk bagi rasa pedasnya. 
Kalau tak memang masakan nie rasanya macam ala-ala budak sekolah tadika ......
Sorry yea chef ~~~


Selamat mencuba ...

Labels: