Salam Aidilfitri Buat Semua

Salam Aidilfitri Buat Semua


Betapa sungguh LAMA Nina tak update entry di sini. Bukannya menyepi atau tak sudi cuma dibulan Ramadhan yg mulia ini Nina teramat lah membuzzykan diri. Kira2 macam cuti sebulan juga lah lamanya. Banyak yg ingin dikongsi namun masa sangat tak mengizinkan.
Nina agak sibuk menguruskan tempahan biskut raya & juga kek disamping tolong family Nina berniaga di Bazar Ramadhan.
Maaf dipinta buat semua yea ....
Ramai yg bertanya  difacebook dan ada yg sanggup berYM Nina tanya khabar. Terima Kasih tak terhingga di atas ingatan kalian. Sayang U all .... 
muah muah muahhhh  . . . .!!!






Tinggal lagi beberapa jam kita akan menyambut Hari Kemenangan buat semua umat Islam yg selesai menunaikan ibadah puasa. Semestinya yang paling gembira adalah kanak-kanak.
Alhamdulillah syukur, anak Nina yg sulung Eillya mampu menunaikan ibadah puasa tanpa sebarang masalah & bersungguh-sungguh.  Dugaan berpuasa mampu diharungi dengan tabah. (Dugaan dengan adik2 yg makan depan mata memang mencabar keimanan Eillya, tapi hanya dipermulaan puasa ajer, lepas tu .... dia siap boleh suap adik2 dia makan lagi) Teror lah Eillya.
Mama bangga dengan Eillya ... Mama love u so much !!!

Ini lah puteri sulung Nina ; Eillya
Dikesempatan yang ada, Nina ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat SEMUA & memohon kemaafan jika ada salah dan silap antara kita sepanjang perkenalan kita.
Nina juga memohon dihalalkan segala resipi yg telah Nina cuba & share kan disini. Buat keluarga, sedara mara, sepupu sepapat, sahabat handai, kawan kengkawan dan juga teman2 ,  halalkan juga makan minum Nina yea .... andai ada yg terlebih & terkurang mohon dihalalkan ....

Jika ada kesempatan di lain masa, Insya'Allah Nina akan meng update kan diri seperti biasa. Maklumlah, selepas nie sibuk pulak dengan open house & jemputan kaum kerabat dan sahabat handai. Hehehee . . . . . 

Buat yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati memandu. Jika kepenatan, berhenti berehat seketika. Biar lambat asalkan selamat. Moga sampai ke destinasi yg di tuju. Amin ...

Selamat bergembira menyambut Syawal dan semasa kita bergembira jangan di lupa ada buat yg tiada dan serba kekurangan. Sambut lah dengan gembira tapi bersederhana.


Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Ikhlas dari,
Nina Mirza







Labels: