As'salam buat semua ...
Lama sungguh Nina tak bersiaran. Sibuk ngan open house buat masa nie. Bukan Nina yg buat open house tapi kengkawan Nina dan Hubby .... hehee . . . . .
Jemputan kengkawan lah katakan .... sambil mengeratkan lagi tali persahabatan sesama insan. Selalunya time open house lah dapat bertemu semua. Kalau hari lain jawabnya memang kena buat appointment. Maklumlah, masing2 sibuk kerja. .....
Baru-baru nie Nina buat puding karamel tanpa telur. Memang sedapppp .....
gebuuu ...... Nina ambil resepi nie dari MyResipi. Kredit to Kak Fida. Resipi beliau memang selalu menjadi. Teragak tekak nie nak makan puding karamel tapi kat rumah masa tu tak der telur so Nina pun search lah resipi yg tak menggunakan telur. Alhamdulillah ..... memang sedap dan rasanya sama macam ada selalu makan kat hotel2 tuh!! (Dan rasanya juga sama macam resipi yg ada telur)
Lagi pulak, resipi nie mudah dan cepat !! Tak perlu oven, kukus bagai ~~~ hanya masukkan dalam peti ais ajerrr.... SIMPLE kan??
Jom tengok resipi nyerrr
Puding Karamel Tanpa Telur
sumber : Kak Fida (MyResipi)
Bahan-bahan
ini utk gula hangusnya :-
1 cawan gula
sedikit air
Pudingnya plak :-
4 cawan air
1 packet serbuk agar-agar (7gm) / 4 sudu kfc (rata) serbuk agar-agar
1 cawan gula **** jika suka manis boleh tambahkan sikit lagi
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
- Masak gula dengan api yang perlahan. Kacau sentiasa.Setelah gula cair dan keperangan masukkan sedikit air. Selepas masukkan air, kacau segera supaya gula tak berketul. Tuang dalam loyang. Ketepikan .... ***** (HATI-HATI semasa masukkan sedikit air selepas gula keperangan kerana wap panas akan terpercik)
- Didihkan 4 cawan air bersama serbuk agar-agar , gula dan esen vanilla. Masak hingga benar-benar mendidih.
- Dalam mangkuk yang lain, tuang susu cair dan tepung kastard. Kacau hingga larut. (Nina guna jug, lagi mudah)
- Setelah air mendidih, kecilkan api. Masukkan susu cair + tepung kastard yang telah dikacau sebati.
- Kacau hingga likat dan pekat dalam 5-7 minit.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang . (di atas gula hangus tadi)
- Sejukkan dalam peti ais
- Terbalikkan dan sedia dihidangkan. ....... (nanti gula akan berada di atas - barulah cantik)
- ngap ngap ngapppp !!! sedappppp
pssstttt **** kalau nak ada rasa, boleh lah gantikan esen vanilla dengan perasa lain dlm sesudu. Tentu lagi BEST !!
hehehe . . .
Labels: Dessert