Jemput makan - Jemput-jemput ikan bilis

As'salam semua .... apa khabar hari nie? 


Alhamdulillah cuaca panas memanjang semenjak dua menjak nie. Seronok membasuh. Habis segala tuala, cadar, selimut, toto Nina basuh. Tak sampai 2jam jemur dah kering semua jemuran. Jap lagi bab melipat laaaa pula. Hrrmm ..... tu yang cik "M" tuuu ...... nak tak nak kena juga lah membereskan apa yang patut. Nina tak berapa suka menyimpan pakaian untuk dilipat menggunung tinggi, bukan apa, nanti dah jadi gunung Everest lagilah cik "M" (malas) bertapa dalam diri. Lagi payah tuuuu .... So, selalunya Nina akan pastikan selepas jemuran kering terus dilipat segera.


Hari nie buat minum petang Nina buat jemput-jemput atau ada yang panggil cucur atau ada juga namakan cekodok. Apa-apa ajer laaaa .... Nina panggil jemput-jemput. 
Selalunya Nina buat jemput-jemput hanya pakai tepung dan air, garam. Ada Nina terbaca dalam satu artikel majalah bahagian petua, untuk sedapkan jemput-jemput letak nasi yang diblend sikit. So, Nina pun mencuba laaaa .... memang sedap dari biasa !!! Tak caya cuba lahh sendiri baru tahu kesedappannyerrr .....






Jemput-jemput ikan bilis
Bahan-bahan
1 1/2 cawan nasi
1 1/2 cawan air
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung beras (untuk kekal rangup)
2 biji bawang besar - dimayang
1/2 cawan ikan bilis (separuh utk diblend)
sedikit garam
minyak untuk mengoreng


Cara-caranya




Selamat menjemput-jemput !!!


Labels: