Bubur Pulut Hitam

As'salam buat semua ....

Apa khabar semua? Harapnya semua sihat walafiat sejahtera. Lama sungguh Nina tak mengEntrykan diri .. agak sibuk dengan urusan keluarga. 

Semalam Nina ada buat Bubur Pulut Hitam kesukaan anak sulung Nina - Eillya. Dia nie memang hantu pulut. Taste dia macam orang tua sikit. Suka pulut, kueh seri muka, pulut panggang, lemang  dan apa saja yang berasaskan pulut. Kalau kanak2 lain pegi kedai beli kueh, pasti akan pilih donut, cekodok, karipap ...... tapi Eillya nie pula dia akan pilih kueh ketayap, pulut panggang, seri muka dan tidak ketinggalan keropok lekor. Hehehe . . .. 

Dah agak lama Nina tak masak bubur kegemaran Eillya. Kebetulan semasa pegi berbelanja barang rumah tempoh hari, Nina ada beli beras pulut hitam. Seronok bukan main dia dan tak sabar minta Nina buatkan bubur kegemaran dia ... kalau tengok dia makan bubur pulut hitam, bermangkuk-mangkuk , siap cecah roti bakar lagi .....
 aiiii ~~~ Eillya, Eillya .....




Bubur Pulut Hitam
Bahan-bahan
100 gm beras pulut hitam
1 litter air
1/2 cawam gula perang
1/2 kotak kecil santan kotak KARA
beberapa helai daun pandan
secubit garam


Cara-cara



Selamat mencuba !!






Nie laa dia si cantik manis - Eillya Natasya Mirza .... (hantu segala pulut) 
ehheehe . . . .. 







Labels: