Frankfuter Puff

As'salam .....
Apa khabar sahabat .... Moga ceria-ceria hari nie hendaknya. Jika badan tu terasa lemah longlai disebabkan perasaan malas, sebaiknya segera lah tukarkan mind setting. Cergas kan diri !! Segera berdiri dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Buat beberapa kali beserta senaman ringan sedikit. Longgarkan segala skru-skru dalam badan tu supaya ready untuk bergerak. Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri juga .... Semuanya bermula dari mind setting kita sendiri. Kita yang tentukan corak perjalanan kita seharian. so, jangan malas-malas yea . Orang yang malas selalu rugi. Betapa ruginya masa seharian kita jika masa dibuang begitu sahaja tanpa sebarang perkara yang berfaedah. Renung-renungkan dan selamat beramal !! 
hehehe . . . 

Walau macammana malas sekalipun perasaan tu bertapa dalam badan, sebagai seorang isteri dan ibu pasti kita akan berbuat sesuatu untuk menghidang juadah buat keluarga tersayang. Bak kata lain, pasti akan sediakan menu yang paling ringkas, cepat dan mudah. 
Hrmmmm ..... yang cepat lagi mudah pastinya frozen food selain dari fast food. Secara jujurnya, freezer kat rumah Nina juga ada frozen food walaupun cuba dielakkan. Nak buat camner .... Kadang-kadang tu bila time terdesak amat lah diperlukan. Contohnya resipi kat bawah nie, antara yang cepat dan menyelerakan buat anak-anak dan keluarga tersayang.



Frankfuter Puff
Bahan-bahan
1 pack 'puff pastry' jenama KAWAN (1 pack ada 10 keping bersaiz 4x4 inci)
10 Frankfuter Ayam  : : : Nina pilih  jenama Ramly
1 biji kuning telur - untuk disapu di atas puff

Cara-cara


Selamat mencuba !!



Labels: ,