Nasi Lemak Emak Bersama Sambal Sotong Kering

Good Morning !! 
Salam ceria di hari minggu. Hujung minggu nie pasti ramai yang bersantai-santai bersama keluarga atau pun pasti ramai yang menghadiri majlis perkahwinan. Maklum lah, cuti sekolah dah bermula. Banyak jemputan yang perlu dihadiri. Termasuk laa Nina. Sejak dari minggu lepas, Sabtu & Ahad dah penuh jemputan walimatul urus. Wajib pergi tuuu jika tiada halangan. Weekend nie Nina ada majlis yang harus dihadiri. Insya'Allah, tiada halangan Nina dan keluarga pasti sampai. 
Tahniah di ucapkan buat pengantin. Selamat mengharungi liku-liku masam manis alam berumahtangga....... Harunginya dengan tabah yea adik-adik.

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran semua. Semestinya nasi lemak pilihan dihati semasa breakfast. Malahan, sekarang nie Nasi Lemak boleh dimakan bila-bila masa sahaja. Tak kira pagi, tengah hari mahupun malam. Time supper pun ada...... paling sedap Nasi Lemak yang di alas daun pisang. Wangiiii ajer aroma nyer dan nampak sangat menyelerakan.  

Nina nak kongsi resipi Nasi Lemak yang simple dan sedappp !!! Rasanya tak lah lemak sangat dan just nice untuk selera tekak Nina dan keluarga. Nina nie sebenarnya agak cerewat tang makan Nasi Lemak sebab kalau yang ada rasa-rasa halia dan tak berlemak,  memang Nina reject - tak gemar. Bagi Nina nasi lemak mesti ada rasa lemak bukannya rasa macam nasi kosong ala-ala nak jimat santan. 
Kecewa sungguh !! Yang nie, Alhamdulillah sesedap rasa :))




Nasi Lemak Emak 
Bahan-bahan untuk Nasi Lemak Emak

1 kg beras
Santan cair  (1cwn beras = 1 cwn air santan) Nina pakai santan kotak ajer pastu Nina tambah air
1 inc halia dititik
3 ulas bwg merah - dihiris
2 ulas bwg putih - dihiris
Secubit garam
1 sudu kecil halba
2 helai daun pandan di simpul.

Cara-cara



Sambal Sotong Kering
Bahan-bahannya
1/2 kilo sotong kering, dibersihkan buang tulang dan potong ikut citarasa lalu direndam dengan abucang semalaman
1 cawan air (ditambah sekiranya perlu)
1/2 cawan air asam jawa yang pekat
seketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
garam dan serbuk perasa
1 cawan minyak

Untuk Dikisar
40 tangkai lada kering
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 batang serai
1 cm lengkuas
2 cm belacan

Cara-caranya







Labels: ,