Sambal Tumis Telur Burung Puyuh

Selamat Pagi .... !! 
Hujung minggu menjelma kembali.  Selamat berhujung minggu buat yang bercuti. Pada yang bekerja, kerja lah dengan penuh rasa tanggungjawab lagi ikhlas.
Ke mana hujung minggu nie? Hiasi lah masa terindah yang ada bersama insan tersayang. Terutama sekali buat ibubapa.  Selagi kesempatan ini ada, luangkan lah masa untuk mereka.
Apakata, masakkan makanan kegemaran buat mereka. Tentu mereka rasa amat bahagia :)
Setidaknya, hubungi lah mereka dan tanya lah khabar mereka ..... Panggilan yang mungkin tak seberapa buat kita, cukup bermakna untuk mereka....






Sambal Tumis Telur Burung Puyuh
Bahan-bahan
15 biji telur burung puyuh
sedikit garam - untuk merebus
1 biji bawang merah
2 batang serai
cili blend - Nina campurkan sedikit belacan
air asam jawa
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara-caranya


Kat sini Nina share kan gambar Telur Burung Puyuh... (mana lah tahu kalau-kalau ada  yang tak kenal telur nie..) 
Sicomel loteh - Telur Burung Puyuh.. 
Kecil ajer size telur nie... lebih kurang 4/5kali ganda kecilnya dari telur ayam  tapi khasiat nya pula 3kali ganda lebih banyak khasiat protien berbanding telur ayam. Hebat kannn?? Kecil bukan sebarang kecil nie... hehehe . . .










Labels: