Daging Masak Kurma

As'salam ....


Daging Oh Daging ..... 
Nabi Muhammad SAW pula pernah bersabda yang berbunyi;

Dari Abi Dardaa’ RA, dari Rasulullah SAW, Baginda bersabda: “Makanan terbaik penduduk dunia dan penghuni Syurga adalah daging”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Banyak pendapat yang telah dikemukakan oleh para Ulama Salaf tentang keutamaan daging dan memakannya. Misalnya, Az-Zuhry berkata memakan daging, menambah 70 macam kekuatan. Manakala Muhammad bin Wasi pula berpendapat memakan daging menambah ketajaman mata. Saidina Ali bin Abi Talib pula pernah berkata: “Makan daginglah (wahai sekalian) kamu. Kerana yang demikian itu menjernihkan (mencerahkan) warna kulit, mengecilkan perut dan memperbaiki tingkah laku”. Selain itu, Ali juga berkata 
“Barangsiapa yang meninggalkan memakan daging selam 40 hari (berturut-turut), maka akan buruklah tingkah laku (perangainya). Nafi’ pula pernah berkata bahawasanya Ibnu Umar jika dalam bulan Ramadhan, (beliau) tidak pernah lupa untuk memakan daging, demikian juga ketika dalam Musaffir (perjalanan jauh dengan tujuan membuat amal kebaikan).

Tentang Daging lembu atau sapi
Daging lembu/sapi atau kerbau serta yang sekeluarga dengannya, sebenarnya pada azali memang sulit dan sukar untuk dicernai. Ia sebenarnya tidak baik untuk dimakan umum kecuali kepada orang yang sangat kuat akan pekerjaannya dan orang yang dalam profesion pekerjaannya memerlukan banyak tenaga tambahan. Mengikut kajian para professional perubatan, memakan daging lembu/sapi atau kerbau seumpamanya boleh mengakibatkan penyakit kanser, penyakit lepra, penyakit demam campak, penyakit kaki gajah (Elephant Foot Disease), penyakit waswas serta memudahkan pembekuan darah yang mampu menyebabkan pembengkakan yang kronik.

Ini semua berlaku apabila daging lembu yang dimakan tidak dicampurkan dengan rempah-ratus yang mampu mengatasi masalah ini daripada berlaku misalnya cili, lada putih/hitam, bawang putih, bawang merah, jintan, kayu manis, ketumbar, halia dan lain-lain. Selain itu, daging yang hendak dimasak adalah disarankan untuk direbuskan terlebih dahulu bagi membenarkan struktur daging tersebut menjadi lembut dan mudah untuk dikunyah dan dicerna.

Kepada peminat daging lembu adalah disarankan untuk memakan daging anak lembu kerana adalah lebih baik dari lembu dewasa selain ia mempunyai struktur daging yang lembut, berkhasiat, lazat dan mudah dicerna dengan baik.

Betapa hebat nya kuasa daging!! Tapi mengapa ramai diantara kita yang tak makan daging?? Pasti kerna berpantang larang dalam pemakanan seharian dan takut akan macam-macam penyakit yang datang. Jika cara masakannya betul, tentu banyak kebaikkan dan khasiat yang akan kita nikmati. Percaya lah .....

Masak Kurma merupakan antara menu kegemaran Nina untuk daging. Jom kita tengok resepi Nina :)






Daging Masak Kurma
Bahan-bahan
400g daging - dihiris nipis-nipis supaya cepat empuk. Nina perapkan daging bersama serbuk kurma dalam 20minit. 
2 biji bawang besar - dihiris halus
2 ulas bawang putih
2 inch halia
rempah 4 sekawan
4 sudu besar serbuk kurma - dicampurkan dengan sedikit air (jadikan pes)
Air
1 kotak santan
garam dan gula
minyak untuk menumis


Cara-caranya



Selamat mencuba !!




Labels: