My Eilman 1st day School ;)

As'salam semua ....


Hari nie merupakan hari pertama persekolahan buat semua para pelajar termasuklah anak-anak Nina. Terutama sekali yang no.2 - Eilman Mirza. Hari yang amat bermakna untuk dia kerana buat pertama kalinya dia merasai nikmat alam persekolahan. TADIKA....

Alhamdulillah, Eilman berjaya jalani hari pertama dengan jayanya. Keseronokkan berada di alam persekolahan begitu ketara dari riak muka dan gerak gerinya. Eilman tidak sedikit pun menangis, malah tidak juga meragam ketika mama melepaskan genggaman tangan Nina lalu disambut oleh guru. Berjalan pergi dipimpin guru masuk ke dalam gerbang sekolah menuju ke kelasnya. Sesampai di bangku, dengan rela duduk dengan tenang lalu melambai-lambai ke arah Nina. 
Amboi, amboi ~~~~~ siap bye-bye mama dia lagi. 
TAHNIAH Eilman !! Mama bangga ...

Buat anak Nina yang sulung - Eillya, tahun ini 2012 Eillya tahun 3. Syukur Alhamdulillah, Nina  sangat bangga lagi terharu kerana Eillya seorang anak yang baik dan amat menyenangkan mama dan abahnya. Seorang yang pandai menguruskan diri sendiri dan berdikari. Seawal 6pagi Eillya dah bangun sendiri dan bersiap sendiri untuk ke sekolah. Tanpa rasa kekok, walaupun dan lama cuti sekolah. Rutin harian untuk ke sekolah ditangani dengan sendiri. ... siap bantu adik Eilman bersiap :)
Setelah bersiap dan menunggu Abahnya untuk hantar ke sekolah,  (seperti yang dijanjikan dan dirancang) tiba-tiba van sekolah muncul di depan rumah. Tanpa banyak kerenah, Eillya salam tangan Nina dan abahnya dan pergi ke sekolah menaiki van. 
Haishhh ..... Van sekolah nie, macammana pula hari pertama boleh datang jemput kat rumah. Oh sayang ~~~ Ini hari pertama sekolah, mama tak sampai hati biarkan Eillya ke sekolah di hari pertama naiki van sekolah tanpa ditemani mama dan abahnya.  Selalunya, mesti lah ibubapa yang hantar anak mereka. Maklumlah, hari pertama sekolah.. Yang Eillya nie pula, tak kan tak terasa apa-apa kalau mama dan abahnya tak hantar gi sekolah di hari pertama..... 
Eermmm.... Nina turutkan kehendak Eillya. Yang pasti nanti lepas uruskan adik Eilman, mama dan abah datang sekolah Eillya.

Rupa-rupanya masih ramai ibubapa yang sanggup menunggu anak-anak mereka di sekolah walaupun bukan tahun 1. Ibubapa yang terlebih teruja anak-anak ke sekolah agaknyerr....
Hehee . .  .


Banyak pula celoteh Nina hari nie kan ..... Jom kita layan tengok antara gambar-gambar Eilman yang sempat Nina snap snap pagi tadi.


Tengok dia ..... Happy jer kan !! :)








Alahai .... Kesian Yana :'( 
Lepas nie dah tak der teman main-main lagi sebab abang dah gi school.
Tengok dari jauh jer lah yea .....


Alamak !! Teror lah anak mama nie, tak takut pun...... siap lambai mama lagi. Good boy!
Aduh !! Punya lah ramai ibubapa yang menunggu anak-anak mereka. Semua nampak teruja anak masuk sekolah. (walaupun anak masing-masing cool jer) Ibubapa tetap tunggu hingga waktu sekolah tamat. Itulah kasih yang tiada nilainya ~~~








Labels: