Nikmatnyer Makan Ubi Kayu Rebus Cecah Kelapa Parut ~~~

As'salam dan Selamat Petang Jumaat ...

Alhamdulillah cuaca gerimis kat kawasan rumah Nina petang nie. Semenjak dua menjak nie asyik panas terik sehingga menggegarkan kepala Nina. Sakit nya tak terkira nak bilang. Hanya Allah Yang Maha Tahu. Bila tak tertanggung sakit kepala nya, nak tak nak terpaksa juga lah Nina telan Panadol. Seboleh-bolehnya Nina nak elakkan makan panadol selalu... Tapi apakan daya.. kadang kala tewas  juga ...

Dah lama teringin nak makan ubi kayu rebus cecah kelapa parut yang digaul bersama gula dan garam. Setiap kali Nina pergi market belanja barang dapur, Nina pasti akan jengguk kalau-kalau ada ubi kayu. Selalu tak ada. May be keadaan cuaca yang tak menentu kut .... Baru-baru nie , Nina pergi market Alhmadulillah ada. Tapi yang ada cuma kecil-kecil sangat sizenyer. Ikutkan perasaan yang dah lama nak makan ubi kayu rebus, Nina beli lah juga .... ;)

Ubi kayu nie selain makan bersama kelapa parut, sedap juga makan bersama sambal sardin, ikan masin, sambal ikan bilis atau pun sambal belacan. Nina makan bersama kelapa parut sebab nak makan bersama anak-anak yang tak makan pedas tuu ...

Betapa nikmatnya tak terkata dapat makan ubi kayu rebus nie time cuaca gerimis mengundang gitu. Sejuk sangat pun tak, panas terik pun tak ~~~ Nyaman nyerr makan bersama air tea 'O' :)
Syukur Alhamdulillah ..



Ubi Kayu Rebus Cecah Kelapa Parut
Bahan-bahan
Ubi Kayu
Garam Air Gula

Cara-caranya

Selamat bersantapan ...






Labels: