Sup Ikan Jenahak

As'salam dan Salam Sejahtera buat semua ...

Penghulu segala hari - Jumaat dan ia datang lagi .... Syukur Alhamdulillah. Apa khabar semua? Moga-moga sihat walafiat hendaknya. Rancangkan lah sesuatu yang lebih baik di hari Jumaat ini. Mulakan lah dengan 'Bismillah' disertai azam untuk jadi lebih baik. Berilah kemaafan sejujur dan seikhlasnya dari hati .... Segala yang baik Insya'Allah akan dikabulkan oleh NYA. Amin ...

Dah lama rasanya tak makan sup ikan. Teringat ketika masih kanak-kanak ... selalu makan nasi berlaukkann sup ikan. Sedappp nyer !! Lepas makan nasi sampai 'licin' pasti dapat hirup kuah nya banyak-banyak sepuas hati. Ahaks! Indahnya  zaman kanak-kanak, jika kehendak hati dapat dipenuhi dah cukup membahagiakan. Walaupun permintaan itu tidak lah sesukar mana pun sebenarnya kan .... 
Betapa gembira rasa hati bila lihat anak-anak Nina berselera makan nasi bersama Sup Ikan Jenahak. Terutama sekali Eilman... Niat di hati nak masak Sup Ikan Merah, malangnya masa Nina gi market tak der pula Ikan Merah. So, Nina gantikan ajer dengan Ikan Jenahak. Sedap juga :)
Resepi nie ambil terus dari paket Sup Ikan Adabi. Nina copy paste yea ...



Sup Ikan Jenahak
Bahan-bahan
2 sudu makan minyak masak
1 paket Sup Ikan Adabi
600g Ikan Merah (Nina guna Ikan Jenahak)
8-10 biji bawang merah **
5-7 ulas bawang putih **
2 inch halia **
** Dikisar  (Tapi Nina hiris halus-halus ajer)
1500ml air
2 biji kentang
1 batang carrot (Nina tambah)
1 batang serai
1 biji tomato (Nina tak letak)
1 batang seleri (Nina tak letak)
Garam secukup rasa
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara mamasak


Selamat menikmati Sup Ikan Adabi




Labels: