Udang Ranggup Bersos Pedas!! Chinese Style ..

As'salam dan salam sejahtera buat semua...

Buat apa tuu ...? Masih memikirkan nak masak apa untuk lunch hari nie? Hah ..... kalau terasa nak makan udang hari nie, jom cuba resepi Nina nie.... sedapp tau! 
Tarak bohong punya~~~ Hehee . . . 

Udang merupakan makanan kegemaran Nina sekeluarga. Dalam seminggu pasti ada menu Udang. Kadang kala Nina jadi buntu untuk sediakan masakan berasaskan udang. Balik-balik sambal udang, kari udang, udang masak lemak, udang goreng berempah dan macam-macam lagi. So hari nie Nina nak share satu resepi yang sangat memikat selera Nina, anak-anak dan terutama sekali Hubby tercinta. Udang Ranggup Bersos Pedas !! Chinese Style  

Betapa enaknya makan udang yang garing lagi ranggup. Terasa kenikmatan semasa menggigit dan menguyah udang tersebut. Tambahan lagi, Nina perap udang tersebut bersama serbuk lada sulah, serbuk ketumbar. Makan pulak bersama sos yang lain dari yang lain. Selalunya sambal ala-ala nenek moyang kita. Ermmm ..... sukar dijelaskan kesedapan nyerr, sampaikan Hubby Nina tambah menambah nasi dan lauk. Selalunya udang masak sambal, udang berempah yang paling diminati. Kali nie dah ada resepi baru...
Aiseyman .... Hubby Nina malu-malu kucing lak kali nie nak bilang udang nie sedap dari masak sambal yang biasa-biasa tuuu. Kalau tak,  takkan makan bertambah-tambah Cik Abang~~~ Hehee ...






Udang Ranggup Bersos Pedas - Chinese Style
sumber : Buku Masakan Halal Cina
resepi asal : Ikan Masak Pedas


Bahan-bahan
600g udang laut bersize sederhana
1 labu  bawang besar - dicincang kasar
2 biji lada merah - dicincang halus (Nina tak letak)
4 tangkai cili kering - dipotong 2cm (Nina tambah)
5 biji cili padi - dicincang halus  **** kalau suka pedas berapi tambah lah lagi ****
2 inch halia - dicincang halus
sedikit capsicum merah dan hijau - dipotong berjalur (Nina tak letak)
minyak untuk menggoreng dan menumis


Bahan perap (Nina memandai sendiri jerrr)
Tepung beras
Serbuk lada sulah
Serbuk ketumbar
Serbuk Secukup Rasa Maggi


Bahan Perasa
2 sudu besar sos plum masam
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar serbuk pati ayam
2 sudu besar sos cili
1/4 gelas air
(sila gandakan sukatan bahan perasa sebab sukatan nie bagi Nina sikit sangat sos nya. Nina gandakan 4x) Baru Uummphh ....!!! Sos lebih. ) Hehee . . .


Cara-caranya








Selamat mencuba !!













Labels: ,