Info tentang ROTAVIRUS

As'salam dan salam sejahtera buat semua ....


Apa khabar? Moga-moga sihat walafiat hendaknya. Bagaimana dengan anak-anak anda?Harapnya sihat sejahtera. Baru-baru nie kita dihebahkan tentang penyakit berbahaya 'Rotavirus'. Jangkitan yang semakin berleluasa telah menakutkan dan menghantui ramai kaum ibubapa yang punya anak kecil. Kerisauan, ketakutan menguasai diri ibubapa.....  
Di akhbar mahupun TV heboh memperkatakan tentang virus ini. Semalam melaporkan  kat Berita Harian mangsa meningkat.  Untuk pengetahuan, Rotavirus lebih kurang Diarrhoea. Click SINI untuk Info Diarrhoea. 


Apakah itu jangkitan Rotavirus?
Ini adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun. Gejala-gejala jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah dan demam. Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia. 

Apakah PUNCA yang menyebabkan jangkitan ini?
Rotavirus adalah salah satu penyebab utama cirit birit dan muntah di kalangan kanak-kanak. Rotavirus adalah sejenis virus yang sangat mudah menjangkiti usus. Ia biasanya terdapat dalam najis kanak-kanak yang dijangkiti dan disebarkan menerusi sentuhan dengan najis yang dijangkiti.

Bagaimana Rotavirus boleh tersebar?? 


Simptom Dan Tanda Jangkitan Rotavirus

Komplikasi Rotavirus
Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.

Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit
Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?

Ia adalah vaksin oral jenis hidup yang mengandungi 5 jenis rotavirus yang dihasilkan daripada rangkaian rotavirus manusia dan lembu. Ianya tidak mengganggu keberkesanan imunisasi OPV.

Ia juga tidak menyebabkan teleskopi pada bahagian usus (intussusception) yang pernah terjadi sebagai kesan sampingan daripada vaksin rotavirus terdahulu yang pernah diluluskan. Vaksin tersebut dihasilkan daripada rangkaian rotavirus monyet. Teleskopi pada bahagian usus (intussusception) jarang berlaku pada kanak-kanak secara amnya di mana usus menjadi tersumbat disebabkan usus itu sendiri termasuk ke dalam atau teleskopi ke dalam, kesan daripada pergerakan usus.

Vaksin rotavirus ini diberi secara oral dalam 3 dos, iaitu pada usia 2, 4 dan 6 bulan. Dos ke 3 perlu diberi sebelum umur mencapai 32 minggu atau pada usia 7 bulan.

Siapa yang patut menerima vaksin ini?
Ibu bapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada anak mereka untuk mencegah jangkitan ini. 








Sumber: 
Vaksin Untuk Rotavirus
http://www.myhealth.gov.my/myhealth
http://www.mypositiveparenting.org/bm/chp_vaccination.html








Labels: , ,