Tofu Bersos Tiram

As'salam dan salam sejahtera .....


Haishhhhh ...... Buntu menguasai diri untuk hari nie. Nak masak apa hari nie?????
Puas Nina selongkar dapur-dapur blogger terhebat dalam masakan. Dapur CMG, Kak Azlita, Kak Che CT, Izah Daut, DjDayang ... tak juga ketemu yang berkenan dihati. Semua menu mereka  hebat-hebat belaka. Yang teringin nak masak tu banyak ~~~~ cuma cik 'M' bertapa hari nie. Nak cari menu yang amat simple, cepat lagi mudah. Bak kata Nina sebelum nie, 
Menu 2Fast 2Furious . (Simple, cepat, mudah lagi berkhasiat).
Setelah buntu memikirkan apa yang nak dimasak untuk dinner hari nie, akhirnya Nina pun belek-belek koleksi buku-buku masakan yang ada pula....  Rupa-rupanya, banyak lagi yang belum dicuba sebenarnya ...... tu belum campur dengan resepi dari blogger masakan terhebat yang dah masuk dalam list Q Nina. Bercita-cita tinggi nak masak macam-macam tapi tak terbuat pun ....... pelan-pelan kayuh ehhhh... 

Dipendekkan cerita, Nina ambil resepi nie dari Buku Kompilasi Makanan Berkhasiat (Alaf21). Disebabkan bahan ada kat rumah, ON ajer dengan menu nie.....
Ok, jom kita tengok resepinya .......




Tofu Bersos Tiram
Resepi : Buku Kompilasi Makanan Berkhasiat (Alaf 21)


Bahan-bahan
400g tofu (Nina guna Tofu telur - 2 pack)
1sm halia - dihiris-hiris
80g sayur campur ( Nina letak dalam 1 cawan)
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa (Nina tak letak punn)
Minyak masak


Cara-caranya


psssttt ...:::: Nina goreng tofu bersama tepung jagung+tepung kastard+ sikit garam.




Selamat mencuba .... !!