Happy Women's Day!

As'salam dan salam sejahtera buat semua  ....
Lama sungguh Nina tak bersiaran. Rindu yang amat jari jemari nie ..... tapi apakan daya ....
Keadaan tidak mengizinkan..




Hari ini merupakan Hari Wanita Sedunia!
Jom kita layani lirik-lirik dari lagu seorang penghibur wanita yang comel
Sheila Majid berjudul WANITA



Wajah selembut bayu
Lenggang dan lenggokmu
Keperibadian wanita
Ayu



Di dalam keayuan

Ada kekuatan
Engkaulah racun
Kau penawar
Insan

Bagai dermaga di pelabuhan
Diri gagah sendirian
Hadapi gelora kehidupan
Kau memberi
Menerima
Menempuhi segala dengan rela

Tapi ada masanya
Engkau api panas membakar
Ada ketikanya
Kau penawar bisa
Kaum wanita ciptaan istemewa

Suka duka berganti
Rahsia tersembunyi di hati
Tabahnya hatimu
Beriman berilmu
Wanita sumber ilham selalu



Wanita adalah kaum yang teramat istimewa didalam dunia ini. Kita punya berbagai keistimewaan yang dikurniakan oleh NYA. Bak kata pepatah, "Tangan yang mengayunkan buaian boleh mengegarkan dunia". Tepat sekali !!!
(banyak contohnya tapi masa tak mengizinkan Nina nak celoteh panjang lebar ...)

Wanita sekarang boleh melakukan banyak perkara yang boleh dilakukan oleh kaum lelaki.

Berbangga dengan diri sendiri dan sentiasa lah berfikiran positif dalam semua hal.  Moga kita akan sentiasa maju dan berjaya. Sayangi dan hargai diri sendiri kerana 'Diriku Amat Berharga'. (macam pernah dengar kannnnn ....) hehehee . . . . 


Tapi, kita harus ingat ... walau betapa hebatnya seorang WANITA, kaum lelaki usah dilupakan kerana kita diciptakan saling perlu memerlukan antara satu sama lain. ...




Salam sayang dan ikhlas,
Nina Mirza









Labels: ,