Nasi Impit dan Kuah Kacang

As'salam dan Salam Sejahtera ...

Apa khabar semua hari nie? Moga-moga semua sihat walafiat dan dapat menjalankan segala urusan untuk hari ini dengan lancarnya. Amin ....

Baru-baru nie Nina ada buat nasi impit yang dimakan bersama kuah kacang. Dah lama tak makan ...... Kalau nak tunggu time Raya lambat lagi ~~~~ 
So, Nina pun buat lah sikit untuk makan Nina sekeluarga. Puas Nina godek-godek kat Mr.Google untuk mencuba resepi Kuah Kacang, akhirnya Nina ambik keputusan untuk mencuba resepi kak DjDayang yang sebelum beliau pernah post kat fb nya. 
Alhamdulillah ..... menepati citarasa Nina sekeluarga. Sedapppp kak ;)
Kak DjDayang, Nina mohon copy paste resepi akak kat blog Nina dan sebagai rujukan Nina tuk masa depan yea ... Tq kak 



Kuah Kacang 
Rujukan : Kak DjDayang

bahan-bahan
500 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar)
2 1/2 senduk cili giling  (Nina guna cili ready made ajer sama ngan kak DjDayang 'Cap Puteri')
Gula melaka
2 batang serai (diketuk)
minyak masak (lebihkan sedikit)
air secukupnya

bahan-bahan kisar:
2 batang serai
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci lengkuas
1 inci halia


Cara-cara :
  • Satukan kacang tanah bersama air secukupnya di dalam periuk dan jerangkan dengan menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau perlahan-lahan supaya ia tidak berketul-ketul. Jangan risau jika terlebih air dan nampak cair. Biarkan ia masak lebih lama (tetapi sentiasa dikacau). Kuah itu sendiri akan menjadi pekat (tetapi tidak kembang). Apabila sudah mendidih dan kelihatan pekat, tutupkan apinya sebentar.
  • Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar bersama serai hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling diikuti buah keras(jika suka). Tumis lagi hingga pecah minyak. Setelah masak, tutupkan api.
  • Kemudian bahan-bahan tumis tadi dimasukkan ke dalam periuk kuah kacang. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.
  • Nyalakan semula apinya dengan menggunakan api kecil. Kacau perlahan-lahan hingga nampak sebati dan mesra. Masak lama sedikit hingga keluar minyak. 
  • Setelah itu tutupkan api. Bolehlah dihidangkan panas-panas bersama satay, nasi impit, rendang dan sebagainya.
jika menggunakan cili giling Cap Puteri, tidak perlu letak air asam jawa dan garam yang banyak.
kuah kacang ini boleh bertahan 2-3 hari tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk tetapi sentiasa dipanaskan sedikit agar kuahnya maintain sedap.
boleh juga dimasukkan udang kering yang telah dikisar/ditumbuk halus semasa menumis bahan jika suka



Nasi Impit
Nina guna yang segera ajer ..... masak dalam 1/2jam-1jam kemudian toskan dan tunggu dalam 2jam sehingga sejuk baru dibelah 4.

Selamat mencuba ....




Labels: , ,