Sambal Sotong

As'salam buat semua ...

Sedang buat apa tuuu? Dah makan Lunch ker belum? Tentu dah makan kannn ...
Yelah, dah jam berapa nie kan, dah nak masuk Tea Time. Makan apa tadi? Sedappp tak ...

Eh eh .... banyak tanya lak Nina nie..  Hehehee . .. . 
Walaupun ingin berdiet, makan Lunch jangan diabaikan yea. Bukan apa..  apabila kita sengaja biarkan perut kosong terlalu lama, sebenarnya kita telah mengundang nafsu untuk makan lebih banyak dari sepatutnya. Bila kita makan terlalu banyak, itu akan merosakkan diet kita. So rugi tau skip makan Lunch  tadi~~~~
Dan  keadaan lebih bertambah teruk kerana perut kita perlu kerja keras lebih dari biasa untuk memproses  penghadaman yang banyak tadi. Kesian kat perut kita kan ..... 
Kalau perut kita tak mampu menjalankan proses penghadaman yang lebih, maka ..... lemak-lemak yang ada terkumpul sebagai muzium. Lama kelamaan, pabila muzium semakin membesar wujud pula harta karun. Jika tiada siapa mampu jumpa petanya, kekal lah ia di sana selamanya. 
Apa lah Nina nie..... sampai muzium lah, harta karun lah bagai~~~~
Harta karun tu ialah 'boroi'. Hehehee . .. . 
Peta pula adalah jalan penyelesaian. Antara jalan penyelesaian adalah senaman yang konsisten. 

Ok lah, dok membebel pula Nina hari nie ala-ala Pakar Pemakanan. Macam lah Nina nie terror sangat. Kekadang sama juga macam kengkawan yang lain. Hahahaa . . . .
Jom kita tengok resepi untuk hari ini. Menu yang biasa-biasa ajer, semua orang pun tahu rasanya..... Tak per laa, layannnnnnn ~~~~


Sambal Sotong
Bahan-bahan
1/2 kg sotong sederhana besar
6 biji bawang merah ** dikisar
2 biji bawang putih ** dikisar
20 tangkai cili kering ** dikisar
2 batang serai (dititik)
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Untuk hiasan
3 biji bawang besar (dipotong bulat)

Cara-caranya

Selamat mencuba ...

Labels: