Asam Pedas Tumis (Melaka ) Ikan Pari

As'salam dan salam sejahtera ....


Asam pedas merupakan masakan kegemaran family Nina. Boleh dikatakan setiap hari Mama Nina akan masak asam pedas. Maklum lah, asam pedas nie fav Baba Nina.... Orang Johor lah katakan walaupun asam pedas nie trademark masakan orang Melaka. Tapi mostly ramai orang Johor suka asam pedas. Pada pendapat Nina, ikan yang digunakan amat memainkan peranan penting sebab lain ikan maka lain lah rasa kuahnya. Kalau Mak Long Nina dari Johor, pelbagai sama pedas ada.... Asam Pedas Daging, Asam Pedas Ayam dan macam2 pun dia akan masak asam pedas. Pernah sekali tuuu, Nina rasa asam pedas daging. Memang sedappp...!! Air tangan Mak Long Nina memang sedappp! 
Mmmm ...... citarasa masing-masing. Buat Nina pula, nak kata fav sangat asam pedas tuu tak der fav sangat sekadar sekali sekala masak lah juga. Ok laaa.... jom kita tengok resepi Asam Pedas Melaka yang Nina ambil dari salah satu buku - harta karun Nina...


Asam Pedas Melaka Ikan Pari
sumber: Buku Resipi Untuk Ramadhan
Edisi Khas LBM 2003


Bahan-bahan
Ikan Pari (boleh juga digantikan dengan ikan tenggiri/parang/siakap/kembung/sembilang)
7/8 ulas bawang merah - ditumbuk lumat
2 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
Cili yang telah diblend
Belacan sebesar ibu jari - ditumbuk lumat
Kunyit hidup sebesar ibu jari - ditumbuk lumat
Halia sebesar ibu jari - dihiris halus
Air asam jawa
2 sudu besar kerisik (Nina letak 1sudu ajerr)
sedikit halba (lebih kurang 4/5 biji jerr.... kalau banyak nanti pahit)
Garam secukup rasa
Daun Kelsum (Nina tambah)
Bunga Kantan (Nina tambah)
Minyak untuk menumis

Cara-caranya

Selamat bersantapan ~~~











Labels: