Telur Dadar Berinti

 As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ....

Salam JUMAAT buat semua ......
Syukur Alhamdulillah Jumaat kembali lagi. Sebaiknya kita perbanyakkan salam selawat ke atas Nabi, moga-moga kita akan mendapat keberkatan dan keredhaan oleh NYA dan Insya'Allah akan dipermudahkan segala urusan kita ... Amin....


Imam As Syafii berkata, “Segala puji hanya milik Allah yang satu saja dari nikmat-Nya tidak dapat disyukuri kecuali dengan menggunakan nikmat baru dari-Nya. Dengan demikian nikmat baru tersebutpun harus disyukuri kembali, dan demikianlah seterusnya.” (Ar Risalah oleh Imam As Syafii 2)


Tak semua kanak-kanak suka dan mahu makan sayur. Kat sini Nina share menu yang mungkin boleh membuka selera dan minat mereka untuk makan sayur tanpa mereka sedari. Kadang-kadang tuu, lagi dipaksa lagi  tak mahu jadinya minat untuk mereka makan sayur. Sebaiknya kita cuba pelbagaikan menu agar menarik minat mereka. Deco yang menarik juga memainkan peranan. 

Alhamdulillah...  Anak-anak Nina semua nya makan sayur dan tak cerewet dengan apa jua menu yang dihidangkan. Cuma Eilman sebenarnya tak berapa gemar makan kacang peas yang ada dalam mix vege. Tapi bila Nina dah masukkan dalam telur bungkus dan gulung telur dadar nie...... Tanpa sedari dia makan juga. Hehehee . . . .
Syukur Alhamdulillah ......

Telur Dadar Berinti
Rujukan : Buku Komplilasi Hidangan Si Manja
Bahan-bahan
60g isi ayam - dipotong dadu
20g mix vege
Beberapa tangkai kacang panjang - dihiris halus
2 biji telur - dibuat telur dadar
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu besar sos tiram (Nina tambah)
Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara penyediaannya


Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (QS. Ibrahim: 7)




Labels: , ,