Pandan Bread Pudding

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ...


Ada lebihan roti? Tak tahu nak dibuat apa ngan lebihan roti tersebut? Jangan dibuang.... Sayanggggg!! Rezeki tuuu  . . . .
Kalau kat rumah Nina nie memang jarang lah ada lebihan roti sebab semuanya suka makan roti. Terutama sekali anak bujang Nina - Eilman. Asal bangun tido ajer mesti nak breakfast ngan roti dulu dan lepas balik dari sekolah ajer mesti nak pekena 1set roti dulu then baru lah nak makan lunch pula......
Kalau kat rumah tuuu ada lebihan roti pass tu plak dah nak dekat expired, usahlah dibuang begitu sahaja. Apa kata roti tersebut dibuat puding roti.

Puding roti ... !! Eerrmmm ........ sedap kan? Tambah-tambah kalau dimakan bersama dengan sos kastard ataupun vanilla syrup. Sangat menyelerakan....
Pasti ramai yang sedia maklum akan resepi  puding roti nie. Ada bermacam-macam style dan resepi yang ada di luar sana.  Ada yang jenis kukus dan juga bakar. Kalau tanya kat tekak Nina pula, Nina lebih gemar yang bakar. Agak rangup dilapisan atas dan tepi-tepi nyer... 
Suka sangat !! Tapi yang nie ikut selera Nina laaaa... Lain orang lain pula citarasanya.

Ok lah.... Jom kita tengok resepi Pandan Bread Pudding style Nina. Nina guna loyang 6inc dan agak tinggi dan tebal puding nie jadinya. Apa rasanya bila dah letak pandan? 
Nak tahu kena lah mencuba.... Sedappppp !!!
Ada yang kata lebih kurang macam kuih bakar pandan tapi lebih sedapp dari kuih bakar. 
Iskh iskh iskh ........ macam-macam kann.. Tapi itulah pendapat mereka ;)
Pandan Bread Pudding
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
8 keping roti putih ( tak perlu dibuang kulit tepinya )
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
sedikit garam
sedikit pandan emulco
sedikit pewarna hijau
Kismis ikut suka banyak mana nak letak
sedikit butter

Cara penyediaannya

Selamat mencuba !!




Labels: , , ,