Heavenly Milo & Oreo Pudding... gerenti sedappp..!!

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerna telah selamat menyempurnakan puasa pada hari yang pertama semalam. Pasti ada yang ke bazar Ramadhan semalam kann?? Tentu bermacam-macam juadah yang menjadi pilihan hati. Jangan ikutkan nafsu makan, pastinya semua nak diterkamnya..... makan lah dengan penuh kesederhanaan.. Moga puasa kita dilimpahi keberkatan oleh NYA.. Insya'Allah..



Nina sekeluarga lebih gemar masak dirumah dan berbuka dirumah sahaja. Pesan hubby, seboleh-bolehnya tolong lah sediakan menu yang sangat simple dan sederhana. ... Sebagai contoh dan panduan untuk anak-anak juga. Baik Bos !!
hehhee  . . .. 


Semalam Nina sekeluarga berbuka di rumah family in law so Nina buatkan puding oreo dari ilham Along yang cantik manis untuk di bawa ke sana.  Tang oreo tuu, Nina tak punya stok oreo yang inti putih so Nina guna ajer apa yang ada kat rumah. Nina cilok stok kegemaran hubby - Inti Ice-cream blueberry. Dan hasilnya >>>>> Aduhh~~~ Sedappp !!!
Jom tengok resepinya. Along, izinkan Nina copy paste dan panjangkan kat teratak Nina yea.. Thanks million Along :)
Heavenly Milo & Oreo Jelly
Resepi asal:  
 Along HomeKreation
Saiz: 8" bulat
Bahan-bahan
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis (Nina guna oreo blueberry)


Cara-caranya
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.

2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.

3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.

4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:

a. Janagn tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.


Selamat mencuba ...!!
Dan SELAMAT BERPUASA ~~






Labels: