Kaswi Citrawarna

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang tersayang ...


Belajar lah untuk memaafkan orang lain jangan tangguh-tangguh untuk memaafkan.. 
Walaupun orang itu sering menyakiti kita atau menganiayai kita kerana bila kita memaafkan orang itu, hati kita akan tenang, rezeki mudah masuk, malah dapat pahala berganda dan yang penting Allah memberkati hidup kita..kerana Allah SWT sahaja  yang boleh menghukum org yg buat aniaya tu.... Dato Fazilah Kamsah

Cuaca yang mendung kat luar semendung hati Nina. Semangat untuk  berblog  -  berkongsi ilmu yang sedikit cuma ada,  tetiba merundum. Puas rasa hati ini nak meningkatkan semula semangat yang ada. Dimana kah semangat ini pergi >>>>??

Kekadang tu memang rumit nak menerangkan disetiap entry bahawa Nina TIDAK BERNIAT  sama sekali nak  'eksen' apatah lagi menunjuk atau bangga diri  dengan apa jua menu yang Nina sajikan untuk keluarga Nina. Silalah fahami tujuan Nina atau dalam erti kata lain NIAT untuk BERKONGSI  RESEPI BUKAN MENU.. ...

Hhrrmm .... tak mengapa lah, Nina tahu "Rambut sama hitam, hati lain-lain" 
May be, niat Nina disalah ertikan. Insya'Allah, Nina akan terus berfikiran kehadapan dan terus berfikiran positif untuk memperbaiki diri. Dengan cara ini juga, Nina akan terus maju dan berilmu kerana Nina sedar terlalu banyak lagi benda yang Nina perlu pelajari lagi. Kita belajar sama-sama lah yea ..... 

Oklah, tak mau laaaa ngomel panjang-panjang. Jom tengok resepi kaswi citrawarna nie. Time berbuka puasa, anak-anak sibuk dok pilih colour pilihan hati mereka. Hehehe . . .
Actually, Nina dah pernah buat baru-baru nie, Kaswi Pandan Lemak (tengok SINI) cuma kali nie Nina tambahkan adunan kepada beberapa warna pilihan. Itu ajerr .....

Kaswi Citrawarna 
Resepi asal : MyResepi Kak Besah

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan  (Nina letak 1 3/4 cawan)
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh Air kapur sirih
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau, biru, pink & kuning telur.


Cara membuatnya :
1-  Mula-mula, panaskan pengukus sebelum menyediakan adunan kerana cara penyediaan adunanya tidak mengambil masa yang lama.
2-  Kesemuanya bahan adunan dicampur dan dikacau rata sehingga tidak bergentel.
3-  Kemudian adunan tersebut ditapis

4-  Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ke dalam mangkuk dan titikkan pewarna yang berbeza untuk setiap bahagian. Nina buat 4mangkuk/ 4warna
5-  Tuangkan adunan warna yang pertama 
ke dalam bekas-bekas kecik yang telah disapu sedikit minyak. 
6-  Ikuti langkah (4) untuk adunan warna yang lain. Buat sehingga kesemua warna habis.
7-  Kukus selama 15-20 minit. Penutup pengukus dibalut kain agar air kukusan tidak terkena kaswi.
8-  Bila kaswi dah sejuk, boleh la dikeluarkan dan digolekkan dlm kelapa parut yang telah dicampur dengan secubit garam. 

Note : Kelapa parut Nina kukuskan sebentar supaya lebih tahan lama dan lebih rasa lemaknya.

Selamat mencuba !!







Labels: