Puff Puff Sausage Puff ...

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ...


Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda 
Barangsiapa Dikurnia Allah kenikmatan hendaklah dia bertahmid (memuji) kepada ALLAH, 

dan barangsiapa merasa diperlambat rezekinya hendaklah dia beristighfar kepada Allah. Barangsiapa dilanda kesusahan dalam suatu masalah hendaklah mengucapkan : "Laa haula wala Quwwata illa billahil aliyyil adhim." (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan serta Allah Yang MahaTinggi lagi Maha Besar)" (HR .Baihaqi).

Semoga kita semua termasuk digolongan orang yang pendai mensyukuri nikmat yang diberikan Allah kepada kita.. Amin...


Syukur Alhamdulillah... Dugaan yang silih berganti buat Nina dibulan Ramadhan yang mulia ini banyak menyedarkan Nina bahawa diluar sana lebih ramai lagi insan yang lebih susah hidupnya. Syukur Nina dikelilingi oleh insan-insan yang sentiasa memahami dan terbaik disisi Nina selalu. Betapa beruntungnya Nina rasakan kerana tiap cabaran/dugaan untuk Nina   dipermudahkan oleh DIA....Setiap dugaan yang terjadi tentunya memberi sejuta rahmat dan juga hikmah buat Nina. 

Baru-baru ini, Nina mengalami kemalangan kereta dan syukur Nina dan anak-anak selamat hanya kereta Nina sahaja terpaksa masuk wad untuk beberapa hari.  Susah juga  dibuatnya bila kereta Nina tak der untuk ke hulu dan ke hilir... Terpaksa lah Nina memerap sahaja dirumah untuk beberapa hari.. Aduyai~~ kebosanan dan kebuntuan melanda!
Maklumlah, setiap hari Nina akan keluar jemput Eilman balik sekolah then mostly Nina akan singgah Hypermarket/kedai untuk membeli keperluan harian.  Bila kereta Nina tak ada depan mata, kena lah masak mengikut apa yang ada dalam peti ais sahaja....
Kalau tidak tuuu, apa yang teragak nak masak tapi tak cukup bahan, berdesuppp ajer dah keluar cari bahan....

Tak lama lepas tu pula, lappy Nina pula buat hal.... Setelah dicheck oleh adik ipar Nina 'Aman', katanya hard disk yang rosak dan kena ganti baru!!
Haishh~~ lemah rasa seluruh badan nie... sambil bernyanyi  dalam hati : : : kosong.. kosong .... (ala-ala lagu Najwa Latif) hehehe . . ..
Tetiba...... Hubby Nina kata 'Aman'  dan isterinya 'Chah' bagi pinjam salah satu lappy mereka...  (sementara sehingga Hubby Nina beli bahan repair untuk lappy kami yang rosak tuuu)
Yaabedabeduuu ...!!!! Syukur Alhamdulillah .....  
Tanpa u all, betapa payahnya nanti perjalanan kak Nina nanti... Million Billion thanks to u all.. Saayanggg Aman dan Chah banyak banyakkkkk !! 

Eh Ehh .... Nina bercerita panjang pula hari nie... (sekali sekala) Heehe...
Ok laaa..... jom citer pasal menu pula. Ini antara menu 2Fast 2Furious yang paling Nina suka sebab cepat, mudah dan anak-anak pun suka sangat... gerenti licin! hehee . ..

Selalunya apabila keadaan terdesak (tak der kete nak keluar cari bahan lain) hehee....
ditambah pula dengan masa tak cukup (tambah-tambah dah nak dekat time berbuka puasa) ini ajer lah menu sampingan yang akan Nina sediakan. Nak nak pula, makan time panas-panas, memang lagi Uummphh..!!! Rangupp~~


Jom kita tengok resepi yang simple lagi cepat nie ...
Frankfuter / Sausage Puff

Bahan-bahan
1 pack 'puff pastry' jenama KAWAN (1 pack ada 10 keping bersaiz 4x4 inci)
10 SausageFrankfuter Ayam  : : : Nina pilih  jenama Ramly
1 biji kuning telur - untuk disapu di atas puff

Cara-cara


Selamat mencuba !!







Labels: , ,