Sagu Bronok Kukus Ala Johor

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera....

Sagu bronok?? Pernah dengar tak nama nie....??
Actually Nina pun first time dengar... Selalunya Nina dok panggil kuih sagu ajer, dan baru hari nie Nina tahu yang namanya unik - Sagu Bronok. 
Nina terperasan tentang nama sagu nie bila terlihat kat blog Zila beberapa minggu yang lalu. ..

Disebabkan pewarna merah tiada dalam simpanan, dan dalam hati nie dok meronta nak juga cuba buat sagu bronok nie, Nina pun belasah lah color lain yang ada kat rumah Nina......
So, terjadi lah sagu bronok yang dimodenkan ala-ala colour bendera Johor. 
Memandai ajer Nina nie kannnn ...... Hehehe .....



Kuih sagu nie antara kuih yang selalu ada dijual kat bazar Ramadhan. dan amat mendukacitakan apabila Nina dapati kuih sagu yang kecik molek dijual pada harga 1=40sen ataupun ada sesetengah tempat 1=50sen. Sedangkan bahan asasnya amatlah mudah, ringkas dan tak der lah semahal mana punn.... 
Eermm .... takper laa, tak mau komen banyak,  lagi pula itu semua  rezeki masing-masing...
Buat yang rajin terlebih sikit tuuu, boleh cuba buat sendiri dirumah. Jom tengok resepinya....

Sagu Bronok Kukus Ala Johor
Resepi asal : mama kastam tioman
Diataptasi oleh : Nina Mirza


bahan - bahanya
1 cawan sagu biji - warna putih 

sedikit pewarna pink & biru
3 cawan air
3/4 cawan gula
sedikit esen rose

1/2 biji kelapa parut putih
sedikit garam

cara - caranya
1- Panaskan air + pewarna  sehingga mendidih.
2- Masukan sagu, kemudian kacau rata.
3- Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang .
4- Kukus selama 20 minit.
5- Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa yang telah di campaur dengan garam....siap.


Note: Semasa penyediannya, Nina bahagikan adunan kepada 2 untuk mendapatkan 2warna ;)
Sukatan adunan nie, cukup lah untuk keluarga yang kecil macam Nina nie..... 
Kalau nak buat kenduri ker, jamuan ker, kenalah ganda-gandakan sukatannya yea....



Selamat mencuba!!





Labels: , ,