Salam Aidilfitri 2012

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang tersayang...

Tinggal lagi beberapa minit seluruh umat Islam dibumi Malaysia dan seangkatan dengannya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hari kemenangan buat semua yang telah menunaikan ibadah puasa yang lalu. Betapa sayu rasa hati meninggalkan Ramadhan dan rasa gembira menyambut Syawal tidak dapat dinafikan.....
Bukan anak kecik sahaja yang gembira menantikan Syawal, dewasa tidak kurang sama..
Nina antaranya...(menunggu duit raya dari Hubby~~~) Hehhee . .. .



Dikesempatan yang ada, Nina ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat SEMUA & memohon kemaafan jika ada salah dan silap antara kita sepanjang perkenalan kita.
Nina juga memohon dihalalkan segala resipi yg telah Nina cuba & share kan disini. 
Buat keluarga, sedara mara, sepupu sepapat, sahabat handai, kawan kengkawan dan juga teman2 ,  halalkan juga makan minum Nina yea .... 
Buat teman-teman blogger pula - andai ada yg terlebih & terkurang garam dan gula kat resepi tuuu pula - mohon maaf dan dihalalkan .... hehee

Jika ada kesempatan di lain masa, Insya'Allah Nina akan meng update kan diri seperti biasa. Maklumlah, selepas nie sibuk pulak dengan open house & jemputan kaum kerabat dan sahabat handai. ..

Buat yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati memandu. Jika kepenatan, berhenti berehat seketika. Biar lambat asalkan selamat. Moga sampai ke destinasi yg di tuju. Amin ...

Selamat bergembira menyambut Syawal dan semasa kita bergembira jangan di lupa ada buat yg tiada dan serba kekurangan. Sambut lah dengan gembira tapi bersederhana.


Walau tidak bertemu
Tangan tak berjabat
Ucapan tidak kedengaran
Mata tak bertentang mata

Nina mohon kemaafan segala kesilapan
kerana ada tikanya mata tersilap pandang, 
telinga tersalah mendengar, 
lidah terlanjur kata 
dan hati pula tersalah menduga

Tiada kad, sms, email pengganti diri
Cuma sekadar coretan dari hati
Sudi lah kiranya menerima kemaafan ini
Sejuta keikhlasan dari lubuk hati ini

Salam Aidilfitri



Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Ikhlas dari,
Nina Mirza




Labels: