Sup Ketam! Slurpp slurpppp~~

As'salamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang tersayang....

Dah lebih seminggu umat Islam menyambut Syawal.  Buat warga kota, pastinya hujung minggu nie  jadual masing-masing dah tentu penuh dengan 'open house'. Ada yang buat time breakfast, lunch, tea time... malah ada juga yang buat  time  supper! Tentunya tuan rumah nak pastikan semua tetamu dapat menghadirkan diri...  Itu belum campur dengan jemputan perkahwinan. Wajib pergi tuu..!! 

Time gini lah semua demam menjelma. Demam raya, demam kenduri kahwin, demam open house, demam selsema, demam batuk dan tak pula demam dah cuti lama dan demam malas nak keje. Demam MC! Hehehe . . . .
Deman demam demam! Sana sini orang demam..... 
Maklum lah, musim perayaan nie bila kita  ziarah menziarahi kaum saudara, sahabat handai dan juga kenalan pastinya hidangan minuman berais, bergas yang disajikan. Alasannya = cepat dan mudah! Betul3x ...tak dinafikan ;)
itu lah penangan demam. Ditambah pula dengan cuaca yang tak menentu sekarang nie....
So, perbanyakkan minum air masak ehh . . .

Anak lelaki Nina - Eilman demam panas baru-baru nie... Dah bawa ke klinik dan masih makan ubat ikut time. (every 6hrs) Disebabkan risau yang amat akan demamnya yang tak berkurang, dok on off panasnya, Nina masakkan sup ketam.  Ada ramai yang mengatakan, (maaf lah jika salah yea) kalau demam lama tak surut dan on off suhu panasnya - takut demam denggi dan penawarnya adalah sup ketam! Dari segi sains tak der pula yang mengiyakan namun dari cakap-cakap semuanya bilang ya! Tak per laaa, tak rugi pun kann.... dapat gak makan sup ketam sekali sekala. Apa pun semuanya dari izin dari-NYA. Insya'Allah.
Nina pun memulakan operasi mencari ketam~
Dengan harapan Eilman cepat sembuh lepas hirup-hirup sup ketam nie yea sayang....
Moga-moga tiada yang serius hendaknya... amin...

Disini Nina nak share sikit tentang khasiat ketam.
Ketam mempunyai sumber vitamin A, C dan B termasuk B12 serta mineral seperti zink dan tembaga. Ia adalah sumber selenium, yang boleh menjadi cara untuk mencegah KANSER. Ketam juga mempunyai beberapa kromium, yang dianggap sebagai mineral berguna jika anda mempunyai rintangan insulin, kerana ia boleh meningkatkan metabolisme gula darah.

Ketam adalah tambahan yang sangat baik untuk pelan pemakanan sihat. Rendah kalori dengan hanya sekitar 85 hingga 90 setiap 100g (bergantung kepada jenis ketam). Ketam tidak mengandungi lemak yang merbahaya, tetapi ia adala lemak tak tepu yang dianggap untuk jantung yang sihat. Ketam juga merupakan sumber semula jadi omega 3 asid lemak, yang boleh membantu meningkatkan daya ingatan, mengurangkan mendapat serangan jantung, mengurangkan risiko KANSER dan kemungkinan membantu meningkatkan kemurungan dan kebimbangan. 

Ok laaa, jom tengok resepinyerr


Sup Ketam
Bahan-bahan
3 ekor ketam bunga (kalau kecik tuuu, beli lah banyak sikit ehh...)
1 biji bawang besar - dimayang
4 ulas bawang putih - mayang
2 inch halia - dimayang
1 batang serai - dititik
separuh paket kecik rempah sup Babas's (25gm)
2 biji ubi kentang - belah ikut suka
1 batang carrot - potong ikut suka 
1 biji tomato
6 cawan air
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
daun sup & daun bawang untuk hiasan

Cara penyediannya
1.  Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia serta serai hingga naik aroma
2.  Masukkan rempah sup Baba's dan air masak hingga mendidih
3.  Masukkan carrot, kentang dan tomato, masak hingga carrot dan kentang separuh empuk
4.  Kemudian masukkan ketam, gaul rata dan rasakan dengan garam secukup rasa
5.  Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang
6.  sedia dihidangkan

Selamat menikmati.. Slurpp, slurpppp ~~




Labels: ,