Bihun TomYam.. slurppp slurpppp~~


As'salamualaikum dan salam ceria buat yang sudi singgah teratak Nina nie....
Apa khabar teman-teman yang tersayang? Moga-moga semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya... Amin... Alhamdulillah Nina sihat :)

Hhrrmmm .... agak lama sungguhhh kan Nina tak mengupdatekan diri kat CoratCoret Nina.. Masa agak terbatas lepas Aidilfitri yang lalu. Ada beberapa tempahan yang perlu Nina bereskan. Dengan cake, muffin, biskut dan juga doorgift untuk marshmallow. 
Syukur Alhamdulillah ..... Terima kasih buat teman-teman yang sudi order dengan Nina.. 
Nanti order lagi ehh... hehe . . .
Lagi pula ditambah dengan mood Raya sepanjang bulan menyebabkan kurengnya kerajinan dalam diri nie untuk mengupdatekan entry. 
Blogger lain pun sama kann, kan kannnn...?? masih mood warming up lagi~ hehe . . .
Ada yang siap email tanyakan keadaan Nina, jutaan terima kasih diatas caring anda.. (tak sangka ramai yang caring kat Nina). Terharu dibuatnya ... sob sob sobbb~~
Terima Kasih sahabat :)

Bukan senang nak jumpa insan yang bernama sahabat... Kekadang, seseorang itu berkawan sekadar ingin mengambil kesempatan. Selalu terjadi >>>>
(lihatlah sekeliling kengkawan kita, pasti ada sebab mereka ingin berkawan dengan kita... Renungkan ..... ) 
Amat payah nak jumpa kawan yang benar-benar ikhlas dalam persahabatan. Satu dalam sejuta pun belum tentu! Bila tiadanya keikhlasan dalam persahabatan maka berlakunya talam dua muka. Bukan kueh talam ehh .... hehee.....

Ikhlas kah kita dalam persahabatan?
Jujur kah, ada sefahaman antara kita?
Jika tidak, mengapa ianya terjadi? 
Tidak perlu salahkan sesiapa, menunding jari antara satu sama lain kerana semua yang terjadi tentu ada sebabnya yang mungkin kita tidak ketahui. Hanya DIA yang tahu perancangan NYA.
Yang pasti, semuanya untuk kebaikkan diri kita. Alhamdulillah . . .


Manusia mudah leka... faktor sekeliling contohnya kawan,  banyak memainkan peranan dalam kehidupan seharian. Berubahnya seseorang itu samada ke arah kebaikkan atau sebaliknya juga bergantung dengan keazaman dalam diri individu itu sendiri. 

Buat sahabat semua,
siapapun, dimanapun... 
Nina sentiasa doakan yang terbaik untuk anda semua
Moga silatulrahim antara kita diberkati. .. 
Nina sentiasa disini jika anda perlukan Nina. ..

Barangsiapa yang hadirkan satu niat yang baik, maka ALLAH SWT akan membukakan baginya 70 lagi pintu kebaikan yang lain." -
AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN bin ABU BAKAR AL-HAMID


Hhrmmm .... apa lah yang Nina bebelkan hari nie kann? Dah lama tak update sekali banyak lak celotehnya. hik hik hikk ~~

Oklah, jom tengok resepi untuk hari nie. Sebelum nie, Nina dah pernah share resepi TomYam Seafood HomeMade cuma kali nie Nina tambahkan bihun. Tiap kali masak Tomyam pasti Nina guna resepi nie.. suka sangat!





Bihun Tom Yam Homemade
Bahan-bahan
300g isi ayam (kat peti ais Nina ada part peha jerr, belasah ajerrrr)
500g udang sederhana size
500g sotong - Nina potong bulat-bulat
8 ulas bawang putih - diketuk ajerrr
8 biji tomato - potong dadu
3 sudu besar cili blend - kalau nak pedas lagi buh cili api
1 litter air
minyak untuk menumis
5 batang serai - dititik
daun limau purut
sedikit lengkuas
2 biji perahan limau nipis
2 sudu besar tomato sos  (Nina tambah sendiri)
1 sudu besar serbuk chicken stok (Nina tambah sendiri)
garam secukup rasa

sayur-sayuran
1 batang carrot - Nina potong bulat-bulat
beberapa baby corn
bunga kobis
cendawan tiram

hiasan
tomato belah empat
bawang besar potong separuh bulat

1/2 paket bihun
rebus hingga lembut dan toskan

Cara-caranya
slurpp.. slurppp...!!





Labels: , ,