As'salamualaikum dan Salam Sejahtera
Pagi nie Nina buat muffin untuk breakfast Nina dan anak-anak. Anak Nina yang bongsu - EilYana suka makan muffin dan dia suka sangat bila muffin dah siap, cilok bawak lari ...!!
Nanti tau-tau ajer dah kurang~ Hehehe .....
Hhhrrmmm ..... kerap juga yang bertanyakan tentang tips nak buat muffin kat Nina. Actually Nina bukannya expert sangat pun buat muffin nie. ... Masih banyak yang perlu Nina pelajari lagi. Tak per laaa, Nina sharekan serba sedikit info yang Nina sedia guna pakai selama Nina buat muffin ehh.. Kita belajar sesama key ....
Secara asasnya, muffin nie menggabungkan bahan kering dan bahan basah dan kemudian gaul, bakar dan makan! Senang sangat dan tak perlu hand mixer atau stand mixer bagai. Menggunakan kaedah kaup balik. Guna spatula atau senduk ajer...
Cara penggayaan pula, terpulang pada setiap individu, samada nak pakai bekas cupcakes yang menarik, kertas cake yang nipis lagi murah ataupun tanpa berbaju ala-ala seksi gitu. Ooppsss! maksudnya, guna direct loyang muffin tanpa sebarang alas. Kat overseas depa suka style gituu...... (senang nak makan kott) hehee . . . .
Paling sedap makan masa panas-panas baru keluar dari oven. Part atasnya ranggup! Walla~
Antara tips yang Nina nak sharekan disini ;-
- Nak buat muffin nie kena pastikan oven betul-betul panas baru lah masukkan adunan dalam oven. Panaskan lebih kurang 20 minit gitu..
- Selain dari itu, perkakas untuk bahan kering kena pastikan betul-betul kering.
- Bahan kering (bahanB) kena digaul rata keseluruhannya sebelum buat lubang ditengah.
- Sementara bahan cecair (BahanA) pula, kena pastikan ianya betul-betul dipukul rata dan sebati kesemuanya baru lah dituang kat tengah lubang bahan kering (BahanB) tadi.
- Hah! Sebelum tuu..... yang paling penting sekali :::: Telur tuu dibuang tali pusatnya! Supaya nanti muffin kita tak hanyir.
- Sebaiknya jangan masukkan terlalu banyak muffin yang nak dibakar dalam oven. Ikut kebesarannya oven anda. Jangankan nak cepat dok sumbat semuanya dalam oven.
- NO NO NO ehh ..... kesabaran tuu perlu. Kalau tak percaya, try masukkan 9-12 biji muffin sekali gus dalam oven then bakar dan kemudian next round masukkan pula 5-6 ajer biji muffin. Tengokkan hasil ketinggian dan kegebuan nyer nanti. (bergantung besarnya oven anda - janganlah oven besar dok masuk 5-6 biji ajerr ehhh...) Ini kerana kuantiti muffin yang berada dalam oven bersaling kait dengan kepanasan suhunya.
- Kalau nak muffin naik tinggi membukit dan cantik, haruslah buh 3/4 adunan dalam cup.
- Masa pembakaran muffin nie, Nina guna api atas bawah. Oven Nina sememangnya tiada kipas so untuk sesapa yang ovennya ada kipas tuu sila lah tutup kipas tersebut. (setahu Nina, kipas amat sesuai untuk biskut) Maaf lah kalau salah ehh ..... hehee
- Adunan muffin sepatutnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Kalau adunan terlalu cair, haruslah dimasukkan 1/2 adunan sahaja dalam cup. Jika dituangkan 3/4 adunan dalam cup, nanti akan melimpah dan kejadian muffin tersebut tu nanti tak naik membukit.
Buat masa nie, setakat ini yang mampu Nina sharekan tips2 nyer.... Nanti kalau ada lagi tips Nina kongsikan lagi yea.....
Vanilla Muffins with Kismis
Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung)
11/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula
secubit garam
Bahan C
Kismis - Nina letak kat atas dan dalam banyak sikit.
Cara-caranya
- Panaskan oven pada suhu 180c-190c
- Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk
- Buatkan lubang di tengah-tengahnya
- Dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan A kacau rata. (masukkan telur pukul rata, masukkan esen vanilla pukul lagi, masukkan minyak pukul rata dan masukkan susu pukul lagi hingga kesemuanya rata dan sebati) Nina guna whisk.
- Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi
- Kacau rata kaup balik TIDAK lebih 20kali guna senduk ajer (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit - tak mengapa)
- Biarkan seketika adunan tadi lebih kurang 5minit. Kacau bulatan dalam 2kali.
- Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup
- Letakkan kismis kat atas & dalam muffin tadi. (yg dalam Nina tekan bagi masuk)
- Bakar muffin selama 15-20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing)
Sedia dihidangkan.
Ini gambaran step by step cara membuat muffin. Moga-moga gambaran ini dapat membantu buat yang tak berapa jelas akan cara penyediaannya. TQ
(Nina tertinggal gambar adunan bahan cecair (bahan A) disatukan. Terlupa nak snap) lain kali lah yea...
hehee ....
Happy baking~
Labels: kudap kudapan, Muffin, Tips dan Petua