Daging Korban Goreng Berempah

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera .....

Daging korban! Nak masak apa dengan daging korban nie....??
Pasti kekadang tu terlintas dibenak fikiran masing-masing memikirkan perihal daging korban  nak dimasak apa agaknya .....
Kalau setakat nak masak sup dah biasa sangat, kurma boleh lah rujuk SINIdan boleh juga try berempah ala-ala mamak nasi kandar yg dah beberapa kali Nina masak - tengok SINI
Kali nie Nina nak share resepi yang berempah juga, tapi lebih kepada jintan manis dan sangat memerlukan daun sup untuk menaikkan lagi aroma dan rasanya ...

Memang sedapp kala tergigit daun sup dan jintan manis tuu...
Kalau nak tambah black pepper pun ok juga cuma takut nanti hilang rasa asli jintan manis dan daun sup tu nanti tenggelam dek kepedasan black pepper tuu... Sebaiknya kalau nak pedas, tambahkan cili blend ataupun cili padi sikit.
Nina kalau masak untuk sekeluarga memang tak berapa pedas, bukan apa.... masak untuk semua makan terutama sekali untuk dikecil Yana juga..





DAGING KORBAN GORENG BEREMPAH
Bahan-bahan

500g daging 
1 biji bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
2 inch halia - dimayang
2 sudu besar cili blend (kalau nak pedas lagi sila lah tambah sendiri ehh...)
2 sudu besar kicap lemak manis
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan berempah
1 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk kari
1 serbuk besar serbuk ketumbar
2 sudu besar jintan manis

Bahan sampingan
Daun sup
1 biji bawang besar - dipotong berbaji


Bahan perap daging
1 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar jintan manis
sedikit serbuk kunyit

Cara penyediannya

Selamat mencuba!

Labels: