Sambal Tumis Telur Burung Puyuh. Kecik bukan sebarang kecik tau! Banyak khasiatnyaa....


As'salamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang tersayang....

Telur burung puyuh....!! Pasti ramai yang kenal akan telur burung puyuh nie kan......
Kecik bukan sebarang kecik tau telur nie kerana sebiji telur burung puyuh nie bersamaan dengan 4biji telur ayam!!! Dasyat kannn....
Sapa lah yang sanggup nak makan sekali gus 4biji telur ayam~~ Hehhee...Telur adalah antara sumber protein yang baik. Menurut satu kajian, pengambilan telur ayam yang bermutu sehari sekali baik untuk kesihatan badan. Sebiji telur mempunyai 75 kalori dan 5 gram lemak  namun begitu, kepelbagaian itu penting.  Terdapat pelbagai jenis protein yang diperlukan oleh badan dalam membesar dan membaiki tubuh manusia. Makan telur adalah mengambil sebahagian daripadanya. Pengambilan protein dari tumbuhan seperti kacang soya dan spirulina dapat melengkapkan jenis-jenis protein yang diperlukan oleh badan manusia. 
Sebiji telur puyuh mengandungi lebih kurang 13 % protein berbanding telur ayam 11% . Telur puyuh baik untuk perkembangan otak kanak-kanak, ibu-ibu yang menyusu baby dan juga ibu-ibu yang mengandung.  Tidak dilupakan bagus juga untuk warga emas. 


Kebanyakkan orang takut nak makan telur burung puyuh nie dengan alasan telur nie tinggi kolesterol! Benar ....!! Tidak dinafikan ..... Sangat tinggi kandungan kolesterol nyer  TAPI kolesterol BAIK (HDL) dan yang paling penting telur ini tiada kelosterol jahat (LDL)
So, bagi penggemar telur burung puyuh nie, makan lah dengan senang hati :)

Selain dari itu, disebabkan khasiat yang banyak telur burung puyuh ini mudah dilarut, diserap dalam tubuh dan mudah dicernakan dengan sempurna.
Lagi pula, telur burung puyuh nie murah dan mudah didapati disekitar kawasan kita tinggal iatu Malaysia. Setahu Nina, kalau kat kawasan Eropah Barat dan  Amerika Utara, telur burung puyuh nie dilabelkan sebagai makanan elit a.k.a makanan mewah untuk orang kaya! Beruntungnya kita~~

Kanak-kanak pasti suka akan bentuknya yang kecil lagi comel. Mostly telur nie dihidangkan dengan cara sambal tumis, sampingan dalam salad, dalam menu Yong Tau Foo dan yang paling ringkas dan mudah - direbus dan dimakan begitu saja~~
Kalau anak-anak Nina pula, terutama sekali yang bongsu Yana akan makan berulang sambil teman Nina kupas kulitnya.  (Actually, dia dok menunggu mamanya kupas kulit then cepat-cepat masuk dalam mulut dia) Hehhee . . ..


Sambal Tumis Telur Burung Puyuh
Bahan-bahan
15 biji telur burung puyuh
sedikit garam - untuk merebus
1 biji bawang merah
2 batang serai
cili blend - Nina campurkan sedikit belacan
air asam jawa
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-caranya
Selamat mencuba!







Labels: ,