Cheese Muffin

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari nie Nina nak share resepi dari Buku 'Istimewa Pemanis Mulut' Siti Delima.com Dari Dapur CT - page 14. = Cheese Muffin.
Nina memang kerap buat muffin kat rumah Nina nie... maklumlah anak-anak gemar makan muffin termasuklah mamanyer~ Lagi pula, muffin lah antara menu yang paling ringkas penyediaannya. Tak perlu mixer bagai. Cepat lak tuu...
Hehee . . .

Antara tips untuk membuat muffin boleh lah belek-belek kat SINI
Sedapp cheese muffin nie tau~ ada rasa lemak masin cheese tuu yang membuka selera. Tambah-tambah kalau makan Cheese Muffin dan minum bersama White Coffee! Walla~~
Ermm .... kat belakang tuu Nina buat Roti Pizza. Untuk resepinyer boleh rujuk dan click kat SINI

Ok lah, jom tengok resepi Cheese Muffin >>>>



Cheese Muffin
Bahan kering
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu gula kastor
1 sudu teh garam 

Bahan Basah
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan minyak jagung

1/2 cawan cheddar cheese - diparut

Cara penyediannya

  1. Panaskan oven pada suhu 200c
  2. Ayak bahan kering tepung gandum, baking powder, gula kastor dan garam. Satukan kesemuanya dan ketepikan
  3. Dimangkuk lain, satukan satu persatu bahan basah. Telur, minyak dan susu. Pukul dengan hand whisk hingga bercampur
  4. Tuangkan campuran telur tadi ke campuran tepung gandum dan gaul rata. Sekadar bercampur sahaja sudah cukup. Tak perlu lama-lama
  5. Kemudian masukkan cheddar cheese yang diparut tadi ke dalam adunan tadi. Gaul lagi hingga rata
  6. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin ataupun paper cup kegemaran. Taburkan cheddar cheese diatasnya.
  7. Bakar pada suhu 200c selama 20-25 minit atau sehingga muffin masak.

Selamat bermuffin~

Labels: ,