Bahan-bahan
1/2 cawan @ 50g tepung selfrising
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
1 s/k esen vanila
3 s/k butter di cairkan
40 ml susu cair - Nina guna fresh milk
160ml air - yang nie pun Nina gantikan dengan fresh milk
2 sudu besar gula castor
beberapa titis pewarna
: : : : mix semua dalam blender dan tapis (buangkan buih-buihnya supaya nanti crepe tak berlubang-lubang)
1- Sediakan kuali leper yang tak melekat
2- Panaskan kuali dengan api besar hingga kuali benar-benar panas
3- Perlahankan api, tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar.
4- Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan bawahnya kuning keemasan
5- Tak perlu di balikkan
6- Terus angkat
7- Ulang proses yang sama hingga habis semua adunan
Durian Filling
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya
1- Pukul Non dairy Whipping Cream hingga kental dan kaku
2- Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
3- Bentangkan 1 keping crepe
4- Letakkan Whipping Cream di tengahnya
5- Letakkan isi durian
6- Tutupkan semula dengan Whipping Cream
7- Lipatlah crepe
8- Kemudian simpan dalam peti ais sebentar lebih kurang 1-2jam (kat bawah ajerr, jangan lak simpan kat beku tau~)
9- Sedia dimakan..... makan sejuk-sejuk >>>> Walla!
Kat sini Nina nak share juga resepi cream kastard.... Sejujurnya, Nina prefer resepi whipping cream ajerr tapi kalau ada sesiapa yang punya kerajinan tahap tertinggi bolehlah mencuba filling cream kastard. Kalau ikut tekak Nina, kombinasi whipping cream sahaja pun dah cukup sedapp bersama isi durian D24 yang segar! Tepuk dada (pelan-pelan ehhh) tanya lah selera~
Filling Cream Kastard
By: Kak Zu
200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halusKacau atas double boiler hingga pekat. Biarkan seketika hingga sejuk...
250 gm whipping non dairy ~ putar sehingga kental dan kaku
Caranya : : : : Setelah adunan susu, kuning telur dan gula yang telah dimasak double boiler tadi sejuk, satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik. Pastu boleh lah memulakan episod 'crepe' meng'crepe...
Amacam? Agak-agak boleh buat tak? Senang ajer kannnn....
Selamat meng'crepe!
pssttt>>>>. jangan ditanya ada lagi atau tak crepe durian nie, gerenti dah licin!
Ahaks!! hehee . . . .Ermm .. kalau malas nak buat dan berminat nak order ngan Nina pun boleh...
email nina.azlan1@yahoo.comtempahan sekitar Kuala Lumpur dan kalau nak collect sendiri pick up point kat
Petronas sebelah Giant Batu Caves
TQ
NOTE : Kalau nak resepi yang berbagai tepung ++++ dan lebih sedappp (ikut tekak Nina laaaa) sila click kat SINI :)