Wednesday, 19 December 2012

Cucur Ikan Bilis bawang paling sempoi~ Lembut didalam, ranggup diluar. Sedappp nyerr...!!

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selamat petang ..... dah minum petang? Makan apa tuu....
Hari nie Nina share resepi yang paling sempoi dan rasanya semua orang pun tahu buat. Dari  zaman dahulu hingga sekarang, ini antara menu yang jadi pilihan terutamanya time sarapan dan minum petang. Sedap sekali dimakan time panas-panas! Sangat garing kat luarnya dan dalamnya amat lembut. Mmmm ..... asyiknya makan cucur dan cecah bersama cili sos ataupun mayonnaise. Sekali sekala makan cucur cecah bersama sambal ikan bilis lagi lah terangkat!

Tapikan ..... kenapa ehh cucur nie bila dah sejuk dah tak feel nak dimakan lagi? Cucur nie jadi liat dan kedegang.... kalau yang pakai gigi palsu tuu mau tercabut dan tertanggal gigi palsu dibuatnya. Kenapa ehh....??

Ok laaa... kat sini Nina sharekan petua untuk bagi cucur nie lembut kekal lama walaupun dimasak tuk sarapan dan petang nanti pun masih lembut. Tak akan liat kedegang~~ hehee . . .
Mostly ramai yang suka letak baking powder konon-konon untuk bagi cucur lembut, kembang. Ianya tak salah cuma apabila cucur tuu sejuk, ianya akan jadi liat dan tak feel nak makan.

Cer lepas nie letak soda bikarbonat pula.... Dan tengok hasilnya
In Syaa Allah tak akan mengecewakan. Jom tengok resepi minum petang Nina yang paling sempoi~~~ layannn >>>>>>






Cucur Ikan Bilis Bawang
Bahan-bahan
300g tepung gandum
100g ikan bilis yang telah dibersihkan (nak lebih pun boleh)
40g taugeh
2-3 biji bawang besar - dipotong semibulat atau ikut suka
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 tangkai daun kucai
1 sudu besar Maggi CukupRasa 
250ml air
1 biji telur
minyak untuk menggoreng

Cara penyediannya
1-  Satukan kesemuanya kecuali minyak, gaul hingga adunan semuanya sebati
2-  Panaskan minyak dalam kuali
3-  Sudukan adunan,  goreng hingga keperangan dan toskan
4- Sedia dihidangkan...

Selamat santapan~





7 comments:

  1. My most favourite cucur!!! Cucur ikan bilis...uish sedap betul cicah sos cili! Nak tapau banyak2 ye dear ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Love2Cook,
      alamak .....dah licin lorr~~~
      nxt time Nina buat lagi simpan utk u ehh...
      hehehe

      Delete
  2. Nasib baik hari nie tak hujan..........kalau tak berasap juga dapur bujang saya....lapar nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lisa Amin,
      free2 time nanti cuba lah resepi nie.... sedapp makan panas2!
      Terima Kasih sudi singgah teratak Nina yg tak seberapa nie :)

      Delete
  3. Sedapnya cucur buat minum petang...

    ReplyDelete
  4. petang tadi sempat cuba resipi ini. Sedap. tambahan pula hari ni masak sambal telur. Apa lagi dah memang kena sangatlah tu. Thank u for the resipi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As'salam Roszeeaishah,
      Terima kasih sudi singgah teratak Nina dan mencuba resepi Nina :)
      mmg letak soda bikarbonat akan lagi lembut rasa cucur kann...??
      Lain kali hulurlah seketul dua kat Nina~
      hehee . .

      Delete