Apam Mekar

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat pagi! Dah sarapan pagi nie? Sarapan apa tuu ...?
Ingat yea.. sarapan merupakan menu terpenting dalam seharian kita. Walaupun sedang berdiet (diet ker Nina.... Oh tidak! Tidak sama sekali) Hehhee ....

Apam merupakan antara kuih muih tradisional. Ada pelbagai jenis apam. Yang menjadi fenomena tahun sebelum nie adalah apam dot dot yang comel. 
Ada beberapa jenis apam yang Nina dah pernah share sebelum nie antaranya
Apam Beras Gebus Gabas
Apam Labu
Apam Coklat

Setiap apam punya rasa keenakkannya yang tersendiri. Tak cuba tak tahuuu~~~

Resepi nie Nina dapat dari seorang wanita yang amat pakar dan terkenal bab masak memasak nie dan orangnya tak lain dan tak bukan adalah Chef Hanieliza. Nina suka akan resepi beliau yang semuanya gerenti menjadi dan yang penting menepati citarasa Nina sekeluarga dan sedapp! Nina copy paste kat sini (kemalasan melanda) OOpsss....! hehee . . .
 untuk perkongsian dan rujukan Nina kemudian hari.


Apam Mekar
Rujukan : Chef HanieLiza
Bahan
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate

pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

NOTA:
jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal]..
dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..



Selamat mencuba~~







Labels: , ,