Thursday, 24 January 2013

Aroma Ikan Bakar Jeram, Kuala Selangor memang BEST..!!

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Pasti ramai yang suka makan seafood kan? Kat mana atau restoran mana yang selalu di tuju.... Antara tempat/restoran yang selalu menjadi pilihan ramai adalah di >>>>

Melaka - Umbai 
Pahang - Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur
Selangor - Muara Klang 
Sepang - Restoran Senandung Semalam Bagan Lalang 
dan banyak lagi~~

Last weekend (saturday) cousin Nina invite Nina dan family belah Nina joint makan-makan seafood kat Jeram Kuala Selangor. Best oooo kat sana! Dannn ......
Keesokkan harinya (sunday) Nina ke sana lagi tapi kali nie ngan family belah hubby Nina pula :)
Nina dari area Gombak so kami ikut laluan highway LATAR. Kadar tol dalam RM6 kesemuanya. Sekejap ajer perjalanan ikut LATAR ke Kuala Selangor dalam 45 minit gitu. (My Gang drive tak laju sangat dan tak pelan sangat- sedang-sedang ajerr)

Sampai sana memang happening cuz suasananya yang damai, angin laut sepoi-sepoi. Reka hias restoran pun kemas, bersih + service yang cepat, bagus. 
Tang seafoodnya pula memang fresh.  (Nina paling suka ketam nya yang manis, fresh!)

On sunday, kami sampai Aroma sebelum magrib, so sampai awal dapat cop dok kat pangkin atau ada yang panggil gazebo/ pergola  ala-ala kampung gitu. Dok makan bersila. Sukaaa~~~ 
Dah siap-siap pilih seafood, order menu - solat magrib dulu dan tak lama lepas tuu makanan pun sampai. Just nice!

Kalau ada sesiapa yang belum pernah pegi makan seafood kat Aroma Ikan Bakar Jeram, Nina suggest cuba makan kat sana. Suasana yang amat berbeza berbanding di Umbai, Muara..
Dengan adanya gazebo / pergola, terasa silaturahim bertambah rapat. Yelah, sekali sekala dok makan bersila sesama memang enjoy~

Antara menu yang menjadi pilihan Nina kat sana adalah Udang Galah Bercili (sedapp ooooo sambal manis dia), Sotong Goreng Tepung yang sedap dari tempat lain, Ikan Kerapu 3rasa, Siakap Stim (suka akan rasa kuahnya) dan tidak lupa Ketam Bercili yang menggoda!
Nina juga sarankan supaya tidak diulangi TIDAK order kerang bakar. Bukan apa, pendapat Nina kerangnya memang tak sedap! Oh tidakk ........ kesian tau, bila buka kulit kerang isi keras dan hangus!
Lagi satu >>>> Ikan Pari Bakar nya juga Tak Sedap! 

Hrrmm..... may be bukan rezeki Nina & family :(
Yang lain-lain semuanya OK!


Kat sini Nina share kan sikit beberapa gambar yang sempat di snap sepanjang berada di Aroma Ikan Bakar Jeram. Daaaa......


 Cantik kannn view nie...??






 Mai mai .... Pilih pilih ....

Senarai harga. Murah murah.... Fresh Fresh .... Yang penting berbaloi-baloi~~

Udang Bercili, Sotong Goreng Tepung, Ikan Kerapu 3rasa, Ikan Kerapu Sweet Sour, Siakap Stim, Ketam Bercili ...... (apa lagi ehh.... tak teringat daaa) Hehehe . . .





  Gazebo/Pergola  'Saung' RM10 (untuk 6-8 orang)

 Gazebo/ Pergola Bamboo RM20 (untuk 10orang ++) Sukaaaa dok sini..!! Selesa


 Atok bersama cucu-cucu di tepian pantai~

 Before balik, ambik gambar kenang-kenangan reramai.... Smile ;)


Kalau hari biasa (mon-fri) boleh tempah tempat teruatama sekali kat Bamboo RM20 dan Saung RM10 dengan menghubungi talian 017-3163117 atau 019-2084452

Lain orang lain taste nya, bagi Nina kat Aroma Ikan Bakar Jeram nie memang best dan kena ngan tekak dan selera Nina sekeluarga. Harga pun berpatutan. Berbaloi-baloi~~
In Syaa Allah kami akan datang lagi~~~





7 comments:

  1. tak penah sampai lagi.padahal bila balik kg bukan jauh sgt pun jeram dgn kampung akak.nak kena pi gak la nnt.

    ReplyDelete
  2. akak yg tak jauh ni pun baru gi sekali yg kat Jeram tu,abg ipar belanja..
    sama gak kat Muara Klang tu, baru 2 kali(padahal dah 13 tahun dok kat Klang ni, he hee..
    Nina klu ke Muara klang tu, mesti lalu jalan tmpat akak ni..singgahlah ye..Kg Rantau Panjang, Shahpadu Highway..

    ReplyDelete
  3. Ada contact no aroma ikan bakar x???kalau ada blh le bg kt sy..tq

    ReplyDelete
  4. Nina sedia letak no tel. nya kat atas
    TQ

    ReplyDelete
  5. mahal nak mampus, dah la banyak tulang dari isi, menyesal giler aku makan kat sini.,phuiiiii

    ReplyDelete
  6. betul tu bang, sebelah umah saya murah2 je... masuk wakaf buluh pun kena cas.. phuiiiii

    ReplyDelete
  7. aku baru cadang nak pi....kensel laa

    ReplyDelete