Ayam Bakar Satay Nina Style. Sedapp seyhh...

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera..

Apa khabar teman tersayang? Moga-moga semuanya dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.. Aamin...
Terasa lama Nina tak update entry kat teratak Nina nie... Kesibukkan yang amat baru-baru nie menyekat aktiviti Nina untuk berblog apatah lagi nak BW kat kengkawan yang lain. Maaf lah yea.. Nanti bila keadaan kembali seperti sedia kala, In Syaa Allah Nina akan selalu ziarah teman-teman yang lain. Buat yang bertanya akan keadaan Nina ... Terima kasih banyak di atas keperihatinan anda :) (terharuuu Nina~~~)
Kemungkinan  besar kesibukkan Nina nie sehingga penghujung February nanti. Tugasan harian, menerima tempahan, disamping tuntutan Nina sebagai pelajar harus Nina utamakan. Mohon kengkawan doakan Nina memperolehi result yang baik untuk last paper nanti yea..
Aamin..


Semalam Nina masakkkan menu sihat (sihat sangat ker... hehee ...) untuk family tersayang. Very simple menu - Ayam Bakar! Cuma kali nie Nina buat kelainan untuk perapannya. Nina buat ala-ala satay gitu dan cara bakar pula Nina balut dulu dengan aluminium foil agar ayam tersebut lebih moist, lembut  dan empuk hingga ke tulang ....!! Bila berbungkus, akan terhasilnya  air ayam iatu kuah yang sedapp untuk buat hirup-hirupp. 
Serius >>>>> sedapp!!!
Seronok Nina tengok anak-anak makan laju~~ (abahnya lagi lah lajuuuuu....)) 
Habislah diet tuuuu~~ hehee . . . .

Penyediaanya  pun amatlah senang. So kalau yang bekerja tuu, pepagi boleh lah perap dulu atau pun malam hari sebelumnya then lepas balik keje  boleh lah terus bakar. Lagi lama perap lagi lah sedapp! Nina prepare  pagi dan sejam sebelum dinner time baru Nina bakar. Makan panas-panas memang Uummph!! 

Ok laa.... Jom tengok resepi simple ini. >>>

Gambar direct dari pintu oven. Tak sempat nak deco, prop bagai ..... Masing-masing dah tak sabar tunggu ~~

Ayam Bakar Satay Nina Style
Bahan-bahan
1 ekor ayam
5 tangkai cili kering
3 sudu makan  jintan manis
2 sudu makan jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai
2cm kunyit hidup
3 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaanya
1-  Ayam dibersihkan dan ditoskan
2-  Kisar kasar kesemua bahan, perasakan dengan garam dan gula.
3-  Perap ayam bersama bahan kisar tadi selama 1jam atau lebih. (Nina perap pagi, simpan dalam fridge, malam baru bakar)
4-  Panaskan oven pada suhu 250c 
5-  Ayam dibungkus dengan aluminium foil  dan dibakar selama 1jam atau sehingga masak. 
6-  Sedia dihidangkan..

Selamat mencuba! 



Yang ini pula versi bakar atas pembakar  arang.  Masa nie malam new year, Nina dan family mertua semua kumpul-kumpul, makan-makan ......
(mak mertua sukaaa... katanya sedap lah ayam nie! ngeeeee~~~~)

Rahsianya  : : : : jangan dikisar halus bahan perapan supaya time makan nanti akan tergigit serai, bawang dan lain-lain. Itu yang sedappp!
Ada cerita belakang tabir bab kisar tak halus tuu .....sebenarnya kan, blender Nina yang rosak! Hahahaa...
So lepas nie kalau nak buat sesedap Nina, kena lah pinjam blender rosak Nina tuuu~~
hehee . . . .(masih ada dalam simpanan : : : : khas untuk buat perapan ayam sahaja)


ok.... Daaaa ..... 
sampai jumpa lagi~~ 
take care






Labels: