Blueberry Tiramisu Marble Cake... Nyummy!!

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ....

Selamat Tahun Baru 2013.
Buat semua pengunjung teratak Nina... 
Moga tahun ini memberi sejuta keceriaan, kebahagiaan, ketabahan dan juga kesederhanaan untuk kita semua dalam menempuhi liku-liku kehidupan. Dan yang utama, moga kita semua juga diberi keberkatan oleh NYA dalam apa jua yang kita lakukan dan dipermudahkan segala urusan kita hendaknya.
Aamin ...

Baru-baru masa malam tahun baru Nina + family in law kumpul sesama & dinner BBQ. Sajer isi masa lapang dan santai-santai cuz esoknya kan public holiday.  Macam-macam menu ada ...
Ayam bakar, hotdog bakar, burger bakar .... nasi goreng, mee hoon goreng, nugget dan tak lupa blueberry tiramisu mable cake Nina ;)

Dah lama nak pekena tiramisu dan akhirnya kali nie baru menjadi kenyataan. Setahu Nina tiramisu adalah dessert yang sedap dimakan sejuk-sejuk. Buat penggemar cheese, coffee dan coklat pasti akan sukakan tiramisu. Ini kerana kombinasi cheese, coklat, coffee dan fresh cream sangat menggoda tatkala makan sejuk-sejuk~~
Ada macam-macam style tiramisu nie. Buat kali nie Nina jointkan rasa blueberry-tiramisu-marble cake. Next time Nina akan try filling yang lain pula~~

Untuk resepi blueberry, Nina dah pernah publish sebelum nie kat Black Forest Cake, boleh lah click kat  SINI ehh .....
Kalau tak rajin (bukan malas ehh...) boleh ajer beli yang dah siap kat bakery. 

Kat sini Nina nak story mory sikit >>>> actually kan, kek tuu express cake ajer. Nak cepat punya pasal plus My Gang teringin sangat nak rasa tiramisu so dia lah yang belikan kek marble. Sepatutnya sponge cake tapi memandangkan dah taste My Gang ke arah kek yang berat, moist maka...... dia beli lah kek marble. Jadi laaa . . . .
Next time Nina akan bikin lagi tiramisu cake dan pastikan cake nya adalah sponge cake :)




BLUEBERRY TIRAMISU CAKE
1-  Mula-mula kena buat cake nya dahulu. Sponge Cake Chocolate adalah pilihan yang terbaik. Jika tidak, beli ajer sebarang kek ready made. 
2-  Kemudian kek tersebut dibelah kepada 2-3 bahagian. 
3-  Sediakan secawan nescaffe 'o' tanpa gula. Spray kan ke atas kek (1) yang dibelah tadi.
4-  Celupkan biskut marie coklat sebentar dengan nescaffe 'o'  dan susun kat atas kek (1) tersebut
5-  Pipingkan cream  cheese dan sapu ke atas seluruh permukaan biskut
6-  Letakkan pula filling blueberry dan ratakan. Tutup lapisan kek (1) dan letakkan kek (2) dan ulang hingga kek (3)
7-  simpan semalaman . (Nina tak sempat simpan pun... beberapa jam kemudian dan ngapp ngapp daaaa....) hehee . .  .



Sponge Chocolate Cake
Bahan-bahan
150 gram tepung kek superfine
1 sudu teh baking powder - diayak
150 gram gula kastor(sy kurangkn jd 140gm)
5 biji telur Gred A
80 ml susu cair
80 ml mentega(dicairkan)
1 sudu besar ovallet

1 sudu teh coklat emulco
Sedikit pewarna mengikut perisa..

Cara penyediannya
1-  Satukan gula kastor, ovallet, tepung kek, baking powder dan telor dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi

2-  Perlahankan speed,masukkan susu cair, pewarna dan coklat emulco pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga adunan kek menjadi ringan
3-  Tuangkan mentega yang telah dicairkan ke dalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula hingga sebati.

4-  Loyang dilapik baking paper dan gris sekeliling. Tuang adunan dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak,suhu 150-180'c.
5-  Bila dah masak,keluarkan kek dan telangkupkan di atas redai kek lebih kurang 5 minit (untuk mengelakkan kek dari turun/mendap)
6- Bila dah sejuk,sedia untuk dipotong dan dihidangkan.

Cream Cheese Tiramisu
250gm creamcheese
250 whipping cream/fresh cream..
100gm gula halus..
Putar cream cheese, gula  dan whipping cream hingga gebu dan kental... ( Nina guna fresh cream so tak perlu letak gula..dah sedia manis)

Tambahan ::: Biskut Marie Coklat

Filling blueberry 
1 tin blueberries
3 sudu besar bluberries filling
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar gula kastor

Blueberries dalam tin di toskan , asingkan air dan buahnya
Airnya di campurkan dengan 1 sudu besar gula dan 1 sudu besar tepung jagung dan masak atas api yang perlahan hingga sedikit pekat
Kemudian biarkan syrup blueberries ni betul-betul sejuk
*** Nina gandakan sukatan ini untuk dapatkan filling yang lebih untuk topping dan lapisan dalam tiramisu.




Selamat mencuba...!!

Ok laaa ..... Nina tak punya banyak masa buat masa sekarang. Satu entry nie pun makan masa lama baru lah siap. Lambat kann....? hehee . . .
Maklum lah, anak-anak dah mula sekolah, mama nya yang paling sibuk dok keluar masuk rumah. Nanti free-free Nina update lagi yea. 

Take care~~



Labels: ,