Ohh .. PAVLOVA! Engkau lah Madu dan Racun... Ahaks! hehee . . .

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Apa khabar semua ...?? 
Anak-anak dah mula bersekolah dan rutin harian kembali sibuk. Dok keluar masuk rumah, dok hantar jemput anak-anak sekolah.  Plus selingan Yana dok keluarkan mainan dia. Dah disimpan tak lama kemudian dia keluarkan semula.... Hadoi ..... 200kali kemas pun sama juga. Anak-anak lah katakan. Itulah kreativiti mereka. Jangan dihalang~~
Ada lagi >>>>> Ditambah lagi dengan dok menerima dan menghantar order. 

Hhrrmm ..... tak penat ker..? Penat sememangnya penat tapi alah tegal biasa..... Kalau kita berasa penat, pasti ada orang lain yang lebih penat dari kita dalam urusan sehariannya. Bagi Nina = always think positive. :) Mudah kan? 
Tak lupa juga kerjasama dari My beloved Gang. Beliau banyak membantu dalam urusan seharian Nina. (plus tolong Nina buat crepe..... order masih banyak tak sampai hati nak tolak)
Terima kasih banyak MyGang... sayang uu~~

Ok laaa .... Disebabkan hati berbunga indah. Jom tengok resepi yang Nina nak sharekan hari nie. Antara dessert yang amat manisssssss sekali! Ala-ala macarons gitu manisnya..
Kalau ada penyakit kencing manis tuu sila lah elak-elakkan yea... Tepis jangan tak tepis tau~
Rasanya ranggup kat luar dan lembut ala-ala marshmallow kat dalam. Disebabkan rasa yang amat manis (walaupun dah kurangkan gula) maka kombinasi buah-buahan kat atasnya perlu lah buah yang masam. (Nina tak suka buah masam!) 
Tapi nak buat camner .... cuba lah juga daripada tak cuba. Iyer tak?
Dah beberapa kali Nina nak post resepi nie tapi baru kali nie berkesempatan nak snap picture. 

Jom kita nyanyi sikit yuhhh.....

Engkau yang cantik

Engkau yang manis

Engkau yang manja

Selalu tersipu
Rawan sikapmu
Di balik kemelutmu

Di remang kabutmu
Di tabir mega-megamu
Ku terlihat dua tangan di balik punggung mu

Madu di tangan kananmu
Racun di tangan kirimu
Aku tak tahu mana yang
Akan kau berikan padaku

Siap nyanyi sekali tuu ...... Hahahaa...!! Belasah ajer laaa ~~~
Ingat ehh ..... buat yg pantang-pantang manisan tuu pavlova ni antara racun kalau makan banyak! 
Hati-hati yea...


Ok laaa....Disini Nina tayangkan juga antara pavlova yang sempat Nina snap. Actually yang nie untuk order versi mini pavlova.  Boleh lah kann ..... janji bukan curi gambar orang lain. Iyer tak? 
hehee . . . .
Rujukan : Che Mat Dapur Tanpa Sempadan & Kak Azlita Masam Manis




PAVLOVA
Bahan-bahannya:
4 biji putih telur
1 cawan gula castor - ita letak 3/4 cawan
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Cara penyediaannya

1-  Sediakan loyang, alas loyang dengan baking paper.
2-  Lukis atas baking paper bulatan berdiameter . (Ikut suka besar mana nak buat)
3-  Terbalik kan kertas. Kalau ade ring bulat pun boleh juga gunakan
4-  Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C
5-  Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
6-  Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
7-  Satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil. Kacau rata hingga semua bahan larut
8-  Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.
9- Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan.
10- Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
11-  Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya

Bahan Hiasan
Whipping Cream
Strawberry - di dadu
Kiwi - didadu
Anggur - dibelah dua

(kalau nak buah-buahan lain pun ok. Ikutlah citarasa masing-masing)

1-  Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
2-  Letakkan atas pavlova tadi
3-  Hiaskan dengan buah-buahan segar
4-  Ready to ngapp ngappp..!!


Selamat mencuba~

 selepas pavlova dah siap, simpan dalam bekas kedap udara dan masa nak hidangkan pavlova, barulah paipkan whipping cream dan buah.
Untuk order Nina siapkan terus cuz  takkan lah customer nak buat sendiri kan..... ?
hehee . . . .

ppsstt >>>>> kalau ada yang berminat nak order tuuu sila lah email Nina kat
nina.azlan1@yahoo.com

Terima kasih




Labels: