Dan akhirnya ..... Kek Lapis Cheese Persona

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Alhamdulillah syukur ke hadrat yang Esa... Bertemu kembali kita disini setelah sekian lama Nina tak update sebarang entry. Maaflah buat yang tertunggu-tunggu story mory terbaru dari Nina. Bertuahnya rasa diri ini di atas keperihatinan ramai yang bertanya khabar.
Kemana hilangnya Nina? Aduhh .... tak hilang mana pun, cuma bulan lalu jadual Nina amat padat dengan tugasan terakhir Nina sebagai pelajar. (dah tua-tua pun masih nak belajar) Heheee .....
Dan Alhamdulillah ...... segalanya telah berjalan lancar dan moga-moga nanti Nina akan mendapat keputusan yang baik hendaknya... Aamin :)
Kesempatan ini juga, Nina ucapkan ribuan terima kasih buat group Nina = KL6 di atas kerjasama yang diberikan selama kita menyiapkan perbentangan paperwork kita.
Luv u all guys~~

Baru-baru nie, Nina buat Kek lapis Cheese Persona. Punya lah lama Nina perap resepi nie. Rata-rata semua blogger masakan dah mencuba resepi Ryo nie. Semuanya memuji akan kenikmatan Cheese Cake Lapis nie. Biskut marrie pantang ada kat rumah Nina. Cepat ajer lesapnya! Maklumlah ..... anak-anak suka~~ Asal ada stok ajerr, ada ajer lah resepi lain yang nak dicuba. Sebelum nie dok hangat femes ngan dessert Melty Hershey. Dalam dessert nie, Nina ada gunakan biskut marrie. Boleh tengok SINI tuk resepinya... Dalam hati ada juga terdetik, bila lah nak try resepi Ryo nie..... Dan akhirnya terlaksana juga impian Nina :)
Hrrmm.... tak per lah lambat mencuba daripada tak pernah mencuba langsung kann....??

Kek Lapis Cheese Persona nie sedapp....!! Rasanya ala-ala Melty Hershey juga dan kalau biskut marrie tu digantikan ngan perisa coffee, sedap nya bak dessert tiramisu!
Ayoyooo...... tak terkata sedapnya kata My Gang. Banyak slice juga lah dibelasahnya...
Jom tengok resepi >>>>
dah lama tak snap gambar masak-masak .... so inilah hasilnya :p
Kek Lapis Persona yang tak berapa nak mempersonakan~~~ huhuuu . . .
tapi sodapppp...!! 


Kek Lapis Cheese Persona 
Bahan-bahan
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g
500 ml susu segar,dipanaskan
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus


Caranya :

1-  Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati
2-  Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair
3-  Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
4-  Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
5-  Panaskan susu segar,padamkan api. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
6-  Selepas itu, sapukan adunan cheese di atasnya dan ratakan
7-  Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
8-  Ulang proses melapis hingga habis dan biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
9- Kemudian kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.
10-  Tekan-tekan sikit permukaan tu.. Simpan dalam peti sejuk selama 6 jam sebelum dipotong.

Simple aje kann...!!

Selamat mencuba....






Labels: ,