Rainbow Cake... Inilah warna kehidupan

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Bertemu kembali kita disini .. Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi Yang Maha Esa.
Segala apa yang terjadi semuanya dengan izin DIA. Walau  betapa hebat dugaan yang melanda dan harus ditempuhi namun dengan izin DIA jugalah kehidupan ini dipermudahkan untuk dilalui oleh setiap insan. 
Warna kehidupan kita berbeza namun kitalah jugalah yang mewarnainya. Setiap warna ada keindahan dan  kenangannya yang tersendiri dan itulah warna-warna kehidupan yang dianugerah oleh DIA untuk setiap umat NYA.. Kita akan rasai keindahan warna warni kehidupan ini jika kita menghargai dan mensyukuri setiap nikmat dari DIA


Angin menderu
Dahan jatuh menimpa batu
Guguran...

Angin menderu
Dahan jatuh menimpa batu
Guguran...

Murai terkejut berkicau-kicauan
Langit mendung diliputi awan
Alamat bumi disirami hujan

Hatiku rindu
Orang jauh tak lupa dari
Kenangan...

Hatiku rindu
Orang jauh tak lupa dari
Kenangan...

Fikiran kusut berisau-risauan
Sakit untung ditinggalkan abang
Ibarat kapal tidak berhaluan
Sayang di sayang

Tetiba terdengar bisikan lagu Ning Baizura 'Sayang Di Sayang' bernyanyi merdu ditelinga Nina. Dan tak sengaja, teringat akan si dia yang jauh dimata. Betapa rindu bertamu dihati ini... Bukan bertamu di Abu Dhabi ehhh....  yang tajuk citer kat TV3 tuuu~~ hehee . . .
Moga si dia disana sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan seharian. Yang pastinya Nina sekeluarga disini tak sabar menanti ketibaan October nanti untuk kita bertemu lagi...! Miss u much..!!


Aduyai ... Nina dok bernyanyi-nyanyi laaa pula..!! Sekali sekala apa salahnya kann.. 
Hhrrmm.... Kadang-kadang, luahan hati dan perasan itu perlu agar tidak membebankan diri. Cuma setiap orang ada caranya yang tersendiri.  (selalunya Nina dok meluahkan apa yang terpendam dari lubuk hati ini  hanya kat orang tuuu ajer - siapa lagi kalau bukan MyGang..!! Dia lah teman, sahabat, kawan, dan juga suami yang terbaik untuk Nina) 
Alhamdulillah, MyGang sentiasa memahami dan very sporting.  Luv u always~~

Baru-baru ni, jiran Nina (Nor) order Rainbow Cake. Nor request nak sesuatu yang paling simple deco nya yang penting Nor mahukan warna-warna pelangi yang menyerlah...!!! So, mengikut imaginasi yang Nor sampaikan, maka terhasillah cupcakes  yang comel-comel beserta warna-warna pelangi seperti permintaan Nor. 

Resepi Rainbow Cake nie Nina ambil dari fb Jom Masak. TQ Jom Masak!
Nina copy paste kat sini untuk rujukan yea...



Rainbow Cake
bahan-bahan

3 cwn tepung gandum
4 sdt baking powder
1 cwn (180g) butter
2 cwn gula kastor
5 biji putih telur gred A suhu bilik
2 sdt esen vanila
1 ½ cwn susu segar suhu bilik
pewarna & perisa ikut suka

Cara-caranya
1-   Ayak tepung & baking powder
2-   Griss loyang bersaiz 7"...alas baking paper
3-   Pukul butter & gula hingga kembang...masukkan telur satu per satu...pukul lagi hingga adunan pekat
4-   Masukkan tepung selang seli ngan susu segar...gaul ngan spatula...adunan biar rata sebati
5-   Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian...
6-   Kemudian letak pewarna atau perisa ikut kegemaran
7-   Masukkan adunan dlm loyang (satu warna satu loyang) & bakar pada suhu 170c selama 15-20minit ikut oven masing-masing 

8-   Sesudah masak, keluarkan dari loyang..biar sejuk kat redai sblm deco ngan cream

Cream Cheese
Bahan-bahan

250g cream ciz (potong kiub)
100g butter
100g gula icing
150ml fresh cream

Cara-caranya
1-  Mix mix sebati cream cheese, butter & gula icing hingga lembut & kembang
2-  Masukkan fresh cream...teruskan mix hingga gebu

3-  Sedia digunakan untuk filling setiap lapisan rainbow cake dan mendeco


Selamat mencuba!


Yang ini pula, lebihan setiap adunan Nina lapiskan setiap warna. Cantik juga kann...??
Next time lah buat gini pula~~





Labels: , ,