Kek Coklat Lembab versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa :)

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Kek coklat merupakan antara kek yang paling hot!  Rata-rata ramai yang akan mempelajari asas baking dengan kek coklat. Betulkan..?? Termasuk juga lah Nina ....
Pada permulaan Nina memberanikan diri dengan dunia baking ini adalah dengan kek coklat. Dan Nina dah try pelbagai versi kek coklat. Macam-macam resepi kek coklat ada. Dari yang kukus, moist, bakar dan tak lupa juga yang tak menjadi pun pernah! Kalau yang kukus tuu pernah juga terjadi dimana keknya mendap, jatuh kat tengah, bantat dan tak masak pun pernah terjadi...  (yang tak jadi Nina tak der lah nak share kat sini sebab yang baik itu datangnya dari DIA dan yang tak menjadi itu datangnya dari salah dan silap kita sendiri) kannn...?? hehe . .

Namun, itu semua pengalaman yang paling berharga buat Nina. Learn from mistake :)
Dan ...... practice make perfect!

Kali nie Nina nak share resepi Kek Coklat Lembab versi Bakar dan result nya nanti kek yang sangat moist, sedap dan senang nak buat. pasti tak akan mengecewakan punya lah~
Resepi nie Nina dapat dari blog yang hebat, siapa lagi kalau bukan Kak Azlita Masam Manis. Dalam banyak-banyak resepi kek coklat versi bakar, ini lah resepi yang paling Nina suka dan yang paling bestnya kengkawan yang dah order ngan Nina pun suka akan kesedappan kek coklat nie... Sampai dah repeat order lagi :)



KEK COKLAT LEMBAB

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan


Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Bahan D
250 ml air panas


Cara penyediannya

1-  Satukan semua bahan B, pukul hingga putih
2-  Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis, pukul hingga sebati
3-  Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula. (Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.)
4-  Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula, tambahkan air panas dan gaul rata
5-  Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak
6-  Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.

7-  Kek dah sejuk sedia dihidangkan ataupun ready to deco...

Untuk chocolate ganache style Nina boleh lah rujuk kat  SINI dan untuk icing cream yang mudah boleh rujuk  SINI pula


Kat sini Nina share kan antara gambar yang sempat Nina snap dan ada juga yang Nina tak dapat sharekan tanpa kebenaran tuan empunya kek~
Jutaan terima kasih sudi buat kengkawan yang sudi order ngan Nina...  :)







sampai jumpa lagi ~~








Labels: , , ,