Portuguese Egg Tart

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Selamat Petang? Tengah buat apa tuu ..... santai-santai sambil menunggu masa untuk pulang ehh...? Haipppp! nanti dulu, belum tiba masanya lagi~ Hehee . . .
Dah minum petang? Menu apa untuk petang nie? Sedap ker?
banyakkkk nya soalan Nina ~~ hahahaa . . . .

Hari nie Nina nak share menu yang amat sesuai untuk minum petang bersama family. bahannya ringkas dan amat mudah. Sedap !!
Pasti ramai yang dah rasa Portuguese Egg Tart kann....? Kat mana? KFC?
Hrrmm ..... satu ketika dulu (hingga kini) Nina sukaaaa sangat makan Egg Tart kat KFC. 
Aduhhh .....!! Sedapnya tak terkata~

Sebelum ini, Nina dah pernah buat Portuguese Egg Tart nie cuma masa tu tak sempat nak share & snap picture - dah licin Nina belasah. hehehe .  . . .
Kali nie, Nina sempatkan juga snap beberapa ketul untuk tatapan kengkawan dan juga rujukan Nina masa depan. (manalah tahu, satu hari nanti MyGang & anak-anak nak buatkan untuk Nina pula.... boleh lah mereka refer kat sini kannnnn) 
Tatkala menikmati Egg Tart nie......... memang tak terkata lah~
macammana nak kata ehh .. dah FAV Nina. Letak dua belas ketul kat depan mata pun boleh Nina licinkannn.  Amboi~~ Hahahaa . . . . 

Resepi ni Nina ambil dari Sifu masak memasak Nina :::: siapa lagi kalau bukan Che Mat Gebu. kat SINI. Terima Kasih Che Mat ... Nina copy paste dan panjangkan resepinya kat sini pula :)

Punya lah memukau gambar Egg Tart Che Mat. Terliur Nina dibuatnya....
Anyway, walaupun gambar Nina tak seberapa nak pukaukan orang dan diri sendiri, namun sukaaa sangat !! (gambar sendiri kannnn)  & sedappp sangat! (tak malu kannn, puji diri sendiri) :p




PORTUGUESE EGG TART
Bahan-bahan
Puff pastry jenama 'KAWAN' secukupnya
2 kuning telur
200 ml whipping cream*
50 ml air *(*atau whipping cream tuu ganti ngan susu segar 250 ml)
40 gram gula halus
15 gram cream cheese (atau 1/2 keping keju cheesedale)
1 camca teh esen vanilla
1 - 2 titik pewarna kuning

Cara penyediaannya
1- Satukan whipping cream, air (@ susu segar) dan gula, kacau rata dan masak hingga suam. 
2- Sementara itu kacau kuning telur hingga rata. Tuang 1/3 bahagian susu suam tadi dan kacau pantas hingga rata. Tuang lagi hingga habis dan kacau hingga sebati.
3- Masukkan kembali ke dalam periuk, dan masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga pekat. Matikan api, masukkan cheese dan esen vanilla, kacau rata hingga sebati dan sejukkan.
4- Puff pastry dicanai sedikit dan alas dalam acuan tat pilihan anda kemaskan. (Nina guna loyang muffin ajer) Tuang bancuhan telur hingga hampir penuh dalam setiap acuan. 

5- Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 - 30 minit atau hingga permukaan tat telur kental. Sejukkan sebelum keluarkan dari acuan dan boleh hidangkan...


Selamat mencuba~

Daaaa ..... Nina nak makan my Portuguese Egg Tart! Nyummy~~




Labels: , ,