Super Moist Eggless Chocolate Muffin... sememangnya Super Moistttt...!! i tell uu~~

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Lama Nina tak bersiaran.... Rindu juga dihati ni~~
Maaflah yea, kesibukkan melanda. Ada tempahan yang perlu dipenuhi.. Syukur Alhamdulillah :)
Apa khabar semua? Moga-moga semuanya dalam keadaan sihat walafiat dan berbahagia disamping family tersayang hendaknya.... Aamin..

Hari nie Nina nak share resepi yang dah lama Nina nak try buat tapi selalu tak terbuat (lupa nak buat lah tuu....) Ada-ada ajer Nina nie kannn... Hehehe .....
Resepi nie ada keunikkannya yang tersendiri. Nak tahu apa yang best? Resepi nie tanpa menggunakan telur! Tak pakai telur?? Ehh.... tak pakai telur boleh jadi ker cake nie?  Sedap ker? Itulah yang bermain diminda Nina...
Setahu Nina mostly semua kek memerlukan telur. Itu yang membuatkan hati Nina meronta-ronta nak mencubanya. 

Untuk pengetahuan, resepi nie Nina ambik dari Buku Istimewa Pemanis Mulut dari Dapur Ct  : sitidelima.com  dan setahu Nina resepi nie asalnya dari Kak Dayang - DapurKu SaYangTerima kasih kak di atas perkongsian :)

Nak tahu pendapat Nina tentang result kek tanpa telur ni?
MMmmmm...... memang Super Duper Moistttt..!! I tell uuu~~~
Tarak tifu punya ..... Tak rugi mencuba!
MyGang pun teramatlah suka akan rasanya yang moist, sedap,  amat menepati citarasa diaa...!! Siap bilang suh Nina buat lagi nanti~~
Ok.... jom tengok resepinya... Zasssss >>>>>>>





SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE MUFFIN
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
Secubit garam
1 cawan gula perang
1 1/4 cawan air sejuk dari peti ais
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon atau orange sunquick

Cara penyediaannya
1-  Panaskan oven pada suhu 160c (oven Nina suhu 180c)
2-  Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko dalam bekas besar.
3-  Kemudian masukkan susu tepung, garam dan gula perang. Kacau rata kesemuanya.
4-  Masukkan air sejuk, minyak jagung, esen vanilla dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul-ketul.
5-  Akhir sekali, masukkan cuka atau jus orange. Terus dikacau serta-merta hingga sebati.
6- Tuangkan adunan dalam loyang 6/7 inch yang telah digris ataupun dalam papercup
7-  Bakar  selama 30-40 minit atau sehingga masak. (Nina bakar dalam papercup dalam 18minit)
8-  Sedia dihidangkan ataupun boleh juga deco dengan topping kegemaran

Selamat mencuba!

ppssttt >>>>> Nina buat dalam bekas loyang muffin (size S) yang ada  12hole. Adunan nie boleh dapat dalam lebih 25biji. Sedang elok untuk family kecik Nina :)


   

Labels: , ,